Dah nak Raya...

Kalu tahun lepas kami beraya 2 1/2, tapi tahun ni kami dah ber3..hehehe...Baju raya saya, hubby and my son dah settle, tapi ingt for my son, weekend ni nak gi cari lg...Tahun lepas saya tak der baju raya pun...raya pertama dah duk hospital..ingtkan Bazil kuar hari raya tu, tapi tak jadi plak..heheheh.So, tahun ni cover lik baju raya tuk tahun lepas..huhuhu...Bazil pun dah cerdik and dah tegap..so seronok skit nak bawak berjalan...tapi cuma tak tahan nak layan lasak dia jerla.So far dia ok jer..xder la lasak sgt..bg makanan senyap la...Bazil mmg suka mkn....
Haritu gi Kajang umah kakak.Sebelum kitaorg nak balik tu,hubby ajak jalan2 kat Mid Valley beli baju raya anak.On the way lalu kat jln belakang (jln nak ker cheras) sajer jalan2..ingt nak gi cari Pampers and susu Bazil.Nampak Tesco..kitaorg pun singgah la, sebelum ni kitaorg beli susu kat Jusco, saja gatai2 gi Tesco..cari nyer cari, Tesco xjual susu Anmum...ms nak kuar dari Tesco ternampak plak ada kolam ikan kecik kat luar tu, ingtkan ikan apa, rupa2nya ikan yg gigit kaki kita tu la...org kata ikan tu mkn toksik dalam bdn.So, sy cuba ler...murah jer...1/2 jam RM10....ms mula2 masukkan kaki tu, menderu2 ikan2 ni gigit kaki ni ha.Geli yg teramat sgt..cam ikan pirana plak.Tp bila dah lama skit tak geli sgt dah...bagus gak buat benda ni. Terasa bdn n kaki kita ringan jer..pastu mmg kaki kita bersih...hhhe...selamat mencuba...

Selamat jalan...

25 Ogos 2008, kami bawak Bazil gi hantar sepupu dia Kak Kuzaiah (anak kakak) ke KLIA. Flight ke Canada dalam kul 11mlm, tapi kami kena tiba awal coz Kuzai ada taklimat dari JPA sebelum bertolak.Walaupun along dia masih dalam keadaan koma dan tak dapat lihat adik pergi, tapi adik tetap tabah dan redha dengan apa yang berlaku.Along (abang Kuzaiah) terlibat dalam kemalangan pada 18 Julai 2008 dan hingga ke hari ini masih lg koma.Kami adik beradik yang lain sedih dengan apa yg menimpa Kak Chik n Bg Man.Harap mereka berdua tabah harungi semua ni.Anak kakak 2 org jer..sorang koma, dan sorang lg gi oversea.Kakak n abg bersahur n berbuka kat hospital jer..Kesian kak Chik..dah 2 bulan tido kat hospital temankan along.Raya tahun ni kami sambut sederhana jer, dan mungkin sambut kat umah kakak utk temankan dia....Bila terkenang nasib kak Chik, sayu n hiba jer rasa hati ni.Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul... Anak buah ngan mak saudara sama tinggikan? heheh... Bazil dah besar nanti nak ikut kak Kuzai gak. 5 tahun lg kita jumpa ni..aduss..dah tua gue masa tu..33 tahun maa.... Lambatnya...saya nak tido ni.... Bye..selamat pergi dan selamat pulang...

Bazil masuk hospital lg....

Hari pertama puasa, mama and abah puasa and berbuka kat hospital.Kesian kami... Pagi 1hb Sept 08 (hari pertama bersahur) Bazil kena fit lg..Kesiannya anakku...petang 31 Ogos tu my hubby mmg dah rs bdn dia panas...mama mmg tak perasan sgt coz bz kat dapur memasak nak sambut puasa.Ptg tu kami hantar Bazil ke klinik.Mlm tu mcm lepas bg mkn ubat dia tido.Mama temankan dia tido..Mama rasa panas bdn dia ada kurang skit.Dalam kul 1 pg mama tak boleh tido coz bdn Bazil naik panas lik.Mama check, Ya Allah! 40 darjah celcius!!!! cepat2 mama sumbatkan ubat kat dubur.Mama bagi susu tetiba Bazil muntah2 n mata dah mula naik keatas.Mama terus basahkan pala n seluruh badan dia, pastu bungkus Bazil dgn tuala basah dan terus hantar ke hospital.Sampai bilik kecemasan suhu masih lg 39.8! Ya Allah selamatkanlah anakku....Bazil kena tahan wad lg...3 hari Bazil duduk wad..dan selama 3 hari itulah mama and abah berbuka puasa dalam wad..heheh...hari ke2 dia demam, tetiba seluruh bdn Bazil penuh dengan tanda merah2 (mcm demam denggi).Mama dah panik.Suhu bdn xturun2.Sian Bazil..siang mlm xpakai baju, pastu kepala dan badan mesti sentiasa dibasahkan dengan air sbb doc takut Fit dia dtg semula.hari ke3, tanda merah2 masih byk lg, tp suhu bdn dah turun..Bazil dibenarkan keluar.Kemungkinan Bazil disyaki terkena jangkitan "demam Chikungunya" yang berpunca dari nyamuk denggi gak..Kesian anak mama.Sekarang Bazil dah mula aktif and dah semakin lasak..hehehehe
Buai laju2 lg wan..... Kita kat mana ni ma? Apa uncle ni nak buat sebenarnya ni ma??? Kompius adik....hheh.. wan takyah la pegang tangan adik..adik nak buai sendiri....heheh Tolong amik adik cepat ma....adik tak mau ngan uncle ni....cepat la maa...