Mama kembali membelog. Apa mimpi mama harini yek? Actually, tiap2 hari mama buka blog...tp just baca cerita kawan2 ajer...nak update blog sendiri rs cam malas pulak....maybe mood nak menaip tu tak ada lg kot. So, kiranya harini hari pembukaan semulalah blog mama tu....terlalu byk cerita nak dikongsikan disini sepanjang mama menyepikan diri...tgklah mcmner yek.Mana cerita2 yg dah agak lemau tu, biarkan lah yek?
Minggu lepas Bazil warded selama 5 hari. Bazil mula menunjukkan tanda2 seperti lemah2 badan, lesu, pucat sejak 3 hari sebelum dia jatuh sakit. Memula mama ingtkan dia demam, rasa badan ok je, tp dia mmg tak aktif....terbaring je depan tv, tak macam selalu. Biasanya Bazil ni mmg susah nak duduk diam, ada je benda dia buat, kalau mama ada kat rumah mmg tak kering gusi jerit sana sini. Tapi kali ni dia lain skit, ckp pun tak byk, nyusu pun kurang sgt2 sampaikan berat badan dia turun mendadak sebanyak 3kg dari 18kg. Mlm tu mama dan abah tgk tv, tetiba bazil batuk2, pastu tetiba muka, bibir nampak pucat dan tetiba dia seolah2 susah nak bernafas. Abah kejarkan Bazil ke hospital, 3 kali sedut oksigen keadaan dia still tak berubah, so pukul 11mlm, Bazil menjalani x-ray. Result menunjukkan paru2 Bazil telah dijangkiti kuman. Mama masa tu tak ikut ke hospital, sbb Wafiy meragam nak tido, lagipun mmg susah nak tinggalkan dia mlm2, sbb selagi tak mengopek, mmg dia akan melalak xnak tido. Mlm tu Bazil kena tahan wad..Sian anak mama. Kul1pg, mama pergi hospital bawakan brg2 dia. Masa mama sampai tu doc pasangkan oksigen,masukkan air dan masukkan gas setiap 1jam. sbb bazil terlalu kekurangan oksigen dlm badan.Biasa dia akan meronta, tp sbb mmg dia dah lemah, dia tertido....Alhamdulillah, sabtu lepas doc benarkan bazil keluar.Cuma buat masa ni bazil perlu berehat didalam rumah sahaja, tak boleh ke tempat yg sesak atau kawasan udara yg kotor. Dia akan cepat penat bila byk bergerak...abang...mama doakan abag cepat sembuh...
Pic 1 jam sebelum doktor benarkan abg balik...Mama xsampai nak ambil pic abg masa sakit..Mama xnak abg sakit lg...mama luv u sayang...