Pejam celik dah 9bulan anak mama. Sorang ni lain skit, manjang hepi go lucky je. Pantang nampak org, tersengeh..org panggil je, ketawa.Murah sgt2 dgn senyuman. Maybe masa ngandungkan dia dulu mama kat PID suka borak2 dan ketawa2 ngan member2 kot...Gigi dah tumbuh 6 batang, 4 atas, 2 bawah. Yang kesiannya sorang ni, dia terlalu alergik dgn sebarang susu lembu dan telur. Even makanan yg ada kandungan 2 bahan tu, kejap tu je naik bengkak2 satu badan. Setakat ni kalau nak pergi mn2 tinggalkan dia, terpaksalah bagi susu soya..tu pun dia dah pandai memilih, tak suka sgt susu soya tu. So, buat masa sekarang Muhammad Bazli Wafiy mmg full bf....Inilah masalah utama tuk mama nak kemana2 tinggalkan dia....mlm2 selagi tak dapat mengopek t**** satu taman dgr suara dia menjerit, menangis..haru biru mama dibuatnya. Whatever, kehidupan mama semakin ceria dgn kehadiran 2 org cahaya mata....
Budak kat belakang, yg tgh tupang dagu tu lah yg tak reti undang2 jlnraya tuh!!! menyusahkan org!!
Ni cerita raya haritu. Sehari sblm raya mama demam... sampai raya ke-3. Raya ke-5 mama ngan adik beradik yang lain konvoi ke Perak, beraya rumah along. Tahun ni last dia beraya kat sana sbb tahun depan along nak pindah rumah dah...masa otw balik tu, sampai kat seberang perak (kawasan sawah padi tu..) tetiba sebuah kereta kenari terus je melulu keluar dari simpang. Mama yg tgh tido sambil riba wafiy kat seat depan tetiba tersentap!! banggggggggg!!!! buka mata nampak bonet depan remuk...dgr hubby mengeluh.."adusssss.....mcmaner lah budak ni bawak kereta..." mak kat belakang tetiba menjerit kata tgn dia sakit. Abg yg konvoi kat belakang benti dan terus bawa mak ke hospital. Nasib baik hubby sempat tahan bdn mama dan wafiy dgn tgn, kalau tak, mmg dah tersembam ke depan.Kira body kete mmg kuat giler arr...hentakan mmg kuat, tp sib baik enjin ok, cuma pecah radiator, bumper dan bonet.Kete budak tu pulak patah kat besi tayar..pastu kat sisi bonet belakang.Tgk je muka budak tu nak je aku lempang2...Kiranya laki aku ni penyabar gak arr..xder terus melulu marah . Pucat lesi muka dak tu...kalau toreh ngan pisau kompom xkuar darahnya arr. Budak tu keluar je dari kereta terus nangis2 mintak maaf..dah la kete pinjam, lesen br dapat seminggu, P tak pasang..mau tak cemas. xcident kul 4ptg, 9mlm br settle wat report segala. Kerete sampai keharini masih ada lg kat Manjung tu..claim insuran kerete budak tu la..kalau semua dah ok, minggu ni baru nak naik Manjung ambil kerete. Mak, patah pergelangan tgn kiri, smlm appoinment kat KPJ Shah Alam buka simen. Tulang dah bercantum, cuma dlm ms 2,3 bulan ni tgn mak still tak boleh gerak , dan tak bole angkat benda berat. Kesian mak....
Subscribe to:
Posts (Atom)