Bulan ni mmg dugaan utk mama. Belum sempat mama qada' tido tuk 5 hari tunggu abg kat wad, seminggu lepastu adik pulak masuk hospital..Sepanjang minggu, muka mama ni kat wad je la....Tapi alhamdulillah, adik tak de lah seteruk abg, kat dlm wad pun dia bole ketawa berdekah2 sampai nurse2 dan budak2 yg lain suka melayan .Cuma kesian bila tgk wafiy batuk. Teruk sgt2, sampai dada berbunyi2, pastu selseme . Bila hidung tersumbat, dia nganga, nafas ikut mulut sampai meleleh2 airliur..pastu berkahak. Sbb tu kena tahan wad...doctor nak keluarkan kahak. Adik ni, tak sihat mcmne skalipun dia tak meragam atau menangis beriya2...cuma dia akan gelisah, gosok2 hidung..pastu merungut. Syukur alhamdulillah..adik tahan wad 2 hari jer. Memandangkan cuaca skrg terlalu panas dan berdebu, so mama dan anak2 tak akan kemana2. Udara skrgni pun tak elok sgt. Kemana2 skrg ni musim demam, selsema dan batuk. Walupun Bazil dan Wafiy dah keluar wad, namun mereka masih belum pulih sepenuhnya.
Inilah kuda putih yang mama bawa sana-sini. Ni bukan nak citer pasal kuda putih ni, setakat nak cite pasal kuda ni buat apa, lainlah kalau bawa fairlady ke hapa..huhuhu...ni nak citer pasal no tu...setakat ni, mama lom jumpa lg no yang sama kat kawasan ni atau sekitar2 yg berhampiran. So, kemana saje mama pergi semua org kenal.."oohh..ima PID tu" .. atas jln raya org cam ,ke pasar org cam, ke pasaraya org cam cuma kat parking masjid je org susah nak nampak..kuikuikui....
Minggu lepas pid tutup 5 hari, kat pintu tu mama tampal notis bunyi mcmni " Harap maaf, pid tutup untuk beberapa hari atas sebab2 yang tak dapat dielakkan" Oleh sbb kereta mama ni senang sgt org nak cam, so kemana2 je org nampak.Adalah sorang hamba Allah ni....dia call tanya camni "hello ima, naper pid tak bukak2 lg? Tiap2 hari saya terserempak dgn kete awak, haritu sy nampak kete awak kat hospital, awak tak sihat ke?" huhuhuhu.......kekadang tension gak, tambah org kg, nombor senang ingt, mmg senang sgtlah nak cam.Semua nak ambil tau.Mama pun jawab lah.."yer pakcik...saya cuti 5 hari..anak sy masuk wad..." Kalau pergi mana2 kedai cina, dia akan tanya, "oooo...lu keje dekat itu pejabat pos ka? pakai itu kete no 505 ya?" So, motifnya disini, kalau ada sesapa nak dtg pid kota, tp sesat kat area2 sini, ckp je yg keje pid keta 505, semua kenal..org tak ingt nama mama, cuma ingt no ajerrr....
Pejam celik dah 9bulan anak mama. Sorang ni lain skit, manjang hepi go lucky je. Pantang nampak org, tersengeh..org panggil je, ketawa.Murah sgt2 dgn senyuman. Maybe masa ngandungkan dia dulu mama kat PID suka borak2 dan ketawa2 ngan member2 kot...Gigi dah tumbuh 6 batang, 4 atas, 2 bawah. Yang kesiannya sorang ni, dia terlalu alergik dgn sebarang susu lembu dan telur. Even makanan yg ada kandungan 2 bahan tu, kejap tu je naik bengkak2 satu badan. Setakat ni kalau nak pergi mn2 tinggalkan dia, terpaksalah bagi susu soya..tu pun dia dah pandai memilih, tak suka sgt susu soya tu. So, buat masa sekarang Muhammad Bazli Wafiy mmg full bf....Inilah masalah utama tuk mama nak kemana2 tinggalkan dia....mlm2 selagi tak dapat mengopek t**** satu taman dgr suara dia menjerit, menangis..haru biru mama dibuatnya. Whatever, kehidupan mama semakin ceria dgn kehadiran 2 org cahaya mata....
Budak kat belakang, yg tgh tupang dagu tu lah yg tak reti undang2 jlnraya tuh!!! menyusahkan org!!
Ni cerita raya haritu. Sehari sblm raya mama demam... sampai raya ke-3. Raya ke-5 mama ngan adik beradik yang lain konvoi ke Perak, beraya rumah along. Tahun ni last dia beraya kat sana sbb tahun depan along nak pindah rumah dah...masa otw balik tu, sampai kat seberang perak (kawasan sawah padi tu..) tetiba sebuah kereta kenari terus je melulu keluar dari simpang. Mama yg tgh tido sambil riba wafiy kat seat depan tetiba tersentap!! banggggggggg!!!! buka mata nampak bonet depan remuk...dgr hubby mengeluh.."adusssss.....mcmaner lah budak ni bawak kereta..." mak kat belakang tetiba menjerit kata tgn dia sakit. Abg yg konvoi kat belakang benti dan terus bawa mak ke hospital. Nasib baik hubby sempat tahan bdn mama dan wafiy dgn tgn, kalau tak, mmg dah tersembam ke depan.Kira body kete mmg kuat giler arr...hentakan mmg kuat, tp sib baik enjin ok, cuma pecah radiator, bumper dan bonet.Kete budak tu pulak patah kat besi tayar..pastu kat sisi bonet belakang.Tgk je muka budak tu nak je aku lempang2...Kiranya laki aku ni penyabar gak arr..xder terus melulu marah . Pucat lesi muka dak tu...kalau toreh ngan pisau kompom xkuar darahnya arr. Budak tu keluar je dari kereta terus nangis2 mintak maaf..dah la kete pinjam, lesen br dapat seminggu, P tak pasang..mau tak cemas. xcident kul 4ptg, 9mlm br settle wat report segala. Kerete sampai keharini masih ada lg kat Manjung tu..claim insuran kerete budak tu la..kalau semua dah ok, minggu ni baru nak naik Manjung ambil kerete. Mak, patah pergelangan tgn kiri, smlm appoinment kat KPJ Shah Alam buka simen. Tulang dah bercantum, cuma dlm ms 2,3 bulan ni tgn mak still tak boleh gerak , dan tak bole angkat benda berat. Kesian mak....
Mama kembali membelog. Apa mimpi mama harini yek? Actually, tiap2 hari mama buka blog...tp just baca cerita kawan2 ajer...nak update blog sendiri rs cam malas pulak....maybe mood nak menaip tu tak ada lg kot. So, kiranya harini hari pembukaan semulalah blog mama tu....terlalu byk cerita nak dikongsikan disini sepanjang mama menyepikan diri...tgklah mcmner yek.Mana cerita2 yg dah agak lemau tu, biarkan lah yek?
Minggu lepas Bazil warded selama 5 hari. Bazil mula menunjukkan tanda2 seperti lemah2 badan, lesu, pucat sejak 3 hari sebelum dia jatuh sakit. Memula mama ingtkan dia demam, rasa badan ok je, tp dia mmg tak aktif....terbaring je depan tv, tak macam selalu. Biasanya Bazil ni mmg susah nak duduk diam, ada je benda dia buat, kalau mama ada kat rumah mmg tak kering gusi jerit sana sini. Tapi kali ni dia lain skit, ckp pun tak byk, nyusu pun kurang sgt2 sampaikan berat badan dia turun mendadak sebanyak 3kg dari 18kg. Mlm tu mama dan abah tgk tv, tetiba bazil batuk2, pastu tetiba muka, bibir nampak pucat dan tetiba dia seolah2 susah nak bernafas. Abah kejarkan Bazil ke hospital, 3 kali sedut oksigen keadaan dia still tak berubah, so pukul 11mlm, Bazil menjalani x-ray. Result menunjukkan paru2 Bazil telah dijangkiti kuman. Mama masa tu tak ikut ke hospital, sbb Wafiy meragam nak tido, lagipun mmg susah nak tinggalkan dia mlm2, sbb selagi tak mengopek, mmg dia akan melalak xnak tido. Mlm tu Bazil kena tahan wad..Sian anak mama. Kul1pg, mama pergi hospital bawakan brg2 dia. Masa mama sampai tu doc pasangkan oksigen,masukkan air dan masukkan gas setiap 1jam. sbb bazil terlalu kekurangan oksigen dlm badan.Biasa dia akan meronta, tp sbb mmg dia dah lemah, dia tertido....Alhamdulillah, sabtu lepas doc benarkan bazil keluar.Cuma buat masa ni bazil perlu berehat didalam rumah sahaja, tak boleh ke tempat yg sesak atau kawasan udara yg kotor. Dia akan cepat penat bila byk bergerak...abang...mama doakan abag cepat sembuh...
Pic 1 jam sebelum doktor benarkan abg balik...Mama xsampai nak ambil pic abg masa sakit..Mama xnak abg sakit lg...mama luv u sayang...