Dah bercendawan blog ni tak diupdate.Byk cerita nak dikongsi, tapi memandang masa dan keadaan tidak mengizinkan, cerita2 tu semua disimpan ajerlah buat tempoyak....
15/11/09 umur Bazil genap 2tahun....mlm tu tak rancangpun nak celebrate birthday dia..maklumlah...abahnya tak der, so nak sambut pun mcm tak syok...ntah mcmner, kul 7mlm camtu mr hubby tiba2 buat kejutan...balik secara tiba2.Sampai rumah jer, lepas solat magrib terus ajak gi kedai kek.Katanya nak sambut birthday Bazil...aikk???? sungguh mengejut.Aku pun bergegas siap and singgah lah di secret recipe.Menu mlm tu hanya seketul kek, 2 set large pizza dan Yong Tau fu.Kebetulan nenek and mak busu family ada dekat rumah mak..so, kami sambutlah beramai2..dalam pukul 9.30 mcmtu hubby terpaksa bergegas pulang semula ke INTAN sbb esoknya dia ada class..huhuhu....sungguh kelamkabut.Hubby kata xper, dia dapat balik kejap pun jadilah, asalkan dapat sambut birthday anak bersama mama..tq sayang...i luv u so much!!! Insyaallah, bila dia free nnti kita sambut betul2...
Oleh kerana sambutan yang tidak dirancang dan tiada persediaan, gambar pun tak sempat nak ambil.Kalau ada pun kat hp hubby jerla...tu pun ntah bila nak upload....