Gew oh Gew...

Harini masuk hari ke4 GEW.So far ok la..sambutan menggalakkan.Makin hari nampaknya ramai yang berminat nak join...cuma pid jer xberani nak ajak ramai...sbb budget xcukup....insyaallah, tahun depan buat besar skit...(kalau ada sponsor lerr...)Sepatutnya harini ada taklimat dr Agrobank, memandang ada masalah teknikal, so cancel... Saya pulak dah 3 hari demam.Gew punya pasal gigihkan jugak dtg pid...yerla, kakitangan 2 org jer...Esok kami bawak semua ahli Kelab Usahawan pergi melawat ke premis usahawan Roti.Mereka akan diajar proses membuat roti.

Dah Setahun...

Dah besar anak mama...15 Nov 2008 yang lalu genaplah 1tahun umur Bazil.Sian anak mama, masa birthday Bazil demam...abah xder..kursus kat INSTUN Tg Malim 2 minggu..mama plak asyik bz ngan GEW akan dtg...Pg2 lg atuk and wan wish happy birthday (Bazil tak faham pun..hehe) yang gelihati atuk siap nyanyi lg..wakakka....Atuk wish moga panjang umur..cepat sihat...lebih bijak dan cerdik..dan dengar ckp mama and abah.... Pagi tu mama tak sempat nak wish, coz pagi2 lg mama dah kuar gi Pid.8.30 ni ada meeting KUS pasal GEW.Mama sempat cium jer..sbb Bazil masih lena dibuai mimpi..Mama habis meeting kul10.30pg..kemas itu ini sampai kul 12.30 terus balik.Bdn Bazil panas, mama hantar gi klinik Private. Doktor ckp Bazil alahan dgn asap n habuk.Sbb tu dia mudah kena selsema n batuk.Doc advice Bazil ambil 2 dos vaksin tuk kuatkan antibodi(for life).Walaupun 1 dos RM300++ (2 dos dah RM600++..), xperla, asalkan anak mama sihat.Mama risau sbb dia terlalu kerap demam.Dalam 1 bulan mesti ada 2,3 kali demam... Mlm tu mama gi kuar shopping sorang2...mama cari hadiah Bazil la...nak beli apa yek??? no idea..(coz my hubby xder..) mama beli jerla sepasang baju n mainan... Nanti abah balik kita sambut yer sayang....buat makan2 and baca doa....

Tragedi 2 Oktober 2008

Pulang dari CB3,hubby bawak mak pergi Kajang lawat anak kakak yang masih separuh sedar akibat kemalangan jalanraya 4 bulan yang lepas.So, kami bercadang bermalam disana saja memandangkan kami mmg xder per2 plan nak kemana, so rest kat rumah kakak aje..Mula2 huby kata nak balik ptg, tp tak jadi sbb nak tggu bg mie dl,bg mie nak jumpa mak.Lepas mkn mlm br la kami bertolak pulang.Dlm perjalanan, ms tu kat mantin, tetiba hubby dapat call dr bg Yie kata rumah kena pecah..Ya Allah....aku tak senang duduk.Kat kepala ni dah fikir mcm2 and dah bayangkan brg2 yang hilang.Duit anakku...brg kemas ku..cincin kawin...tabung...PS2...jam n byk lg harta kat dalam bilik kami tu!!!! habis la..... Sampai jer kat rumah dlm pukul 10.30 mcmtu la bih kurang, org dah ramai dtg kat rumah.Sah....duit and brg2 aku mmg dah tak der lg....kepala aku dah mula pening, mual n mcm2 lg.Aku nangis....bilik kami habis diselongkar..6 bilik, semua diselongkar!!...mak dah nak pengsan.Dipendekkan cerita, brg2 aku mmg semua dah hilang.Paling aku terkilan adalah cincin kawin aku.Ntah kenapa ms CB3 aku tak pakai..ntah la...mungkin bukan rezeki aku agaknya..duit tabung anak aku pun habis dilenyapkannya.Siapalah Hamba Allah yang tergamak buat keje ni semua...Isnin, aku cuti..aku pun tak tau mcmner nak kemas rumah tu.Almari habis dipecahkan.Buku, kertas, kain berselerak.Sampai ke harini aku terkilan sgt2 ngan cincin kawin tu...tu lah satu2nya harta yang amat berharga dlm hidup aku....