siapa yg pernah rasa..mereka akan terasa.....

Dah agak lama aku tak update blog ni...cuma bila free tu selalu gak la aku menjengah blog member2.Nak update blog sendiri teramat lah malas.Gambar Bazil pun dah lama tak letak kat sini.Nantilah syg ye, bila mood rajin mama pulih nnti mama tepek byk2 k.....Pregnant kali ni mabuk aku teramat lah teruk.Pg2 nak gi keje rs malas sgt2 nak masuk bilik air.Tp xkan nak gi keje tak mandi plakkan? Asal masuk je bilik air tekak dah mula kembang.Selalu gak aku mandi sambil mkn asam...semua tu tuk kurangkan rs loya....nak gosok gigi suatu perkara yg paling mengazabkan.Ubat gigi adalah penyebab semua isi perut aku akan keluar sampai pedih2 tekak and sakit perut.Kesihatan aku sejak kebelakangan ini amatlah tidak memuaskan.....Atas nasihat doktor seharusnya aku perlu rehat secukupnya, tp memandangkan aku bekerja seorang diri, kugagahkan jugak....Dari checkup 1 bulan sekali, sekarang ni dah kena checkup 2 minggu sekali...HB aku terlalu low iaitu dah sampai tahap 8.3 diawal kandungan aku masih 3 bulan lebih...darah aku terlalu cair..asyik kena gi amik darah jer...benci tau..sakit...sbb tulah aku sentiasa pening, mudah pitam, lesu, berdebar2 dan mcm2 lg...aku adalah pengidap enemia ketika ini..... seminggu 2 kali aku kena gi check BP pulak..sbb takut tekanan darah aku rendah lg....atas nasihat suami and mertua, sekarang ni aku stay ngan mertua aku..so pg2 aku tak payah lg ulang-alik hantar and jemput anak aku.Dan aku juga kini pengidap sakit tengkuk, kepala and belikat yang teramat sgt.tp serius...mmg aku tak tahan dan keadaan ini membuatkan aku rs sgt tidak selesa, malas, tidak bermaya dan terlalu stress...tp aku bersyukur..walaupun suami aku masih dlm kursus,dia tetap akan cari masa utk bersama aku....Kekadang tu,kalau dia xder cuti weekend, kul 12tgh mlm hari Sabtu pun, dia tetap akan balik dan sampai rumah kul2, 3 pg walaupun pg2 Ahad tu dia terpaksa pulang semula ke INTAN Bukit Kira ...tq sayang..tq so much!!!...katanya dpt jengah sekejap aku and anak pun dah cukup melegakan hatinya...Bila aku sakit belakang, sekarang ni anak akulah jadi mangsanya..dia pun faham mama sakit..bila aku panggil " adik....sit behind mama..." secepat mungkin dia akan terkedik2 berlari and duduk kat belakang aku...walaupun dia masih kecil, tp..alangkah leganya bila beban 13.2kg menghempap belakang aku yg tgh sakit....yerla..nak suruh sapa lg...dah abahnya xder..anaklah penggantinya....Nak mengajar pun aku rs tak larat sgt2.kalau dah duduk rs tak terbangun nak gi kat user...pandai2 ko la dik....kalau tak faham aku jerit dr meja jer....biarlah dia nak kata aku ni malas ke apa...tp hakikatnya aku sgt2 tak larat...xkanlah aku nak bgtau semua yg dtg pid yg aku ni tgh mabuk2, peknan kan...nnti bila perut dah moncit korang faham2 la makcik2..pakcik2 , kakak2 dan adik2 sekelian.....