Inilah kuda putih yang mama bawa sana-sini. Ni bukan nak citer pasal kuda putih ni, setakat nak cite pasal kuda ni buat apa, lainlah kalau bawa fairlady ke hapa..huhuhu...ni nak citer pasal no tu...setakat ni, mama lom jumpa lg no yang sama kat kawasan ni atau sekitar2 yg berhampiran. So, kemana saje mama pergi semua org kenal.."oohh..ima PID tu" .. atas jln raya org cam ,ke pasar org cam, ke pasaraya org cam cuma kat parking masjid je org susah nak nampak..kuikuikui....
Minggu lepas pid tutup 5 hari, kat pintu tu mama tampal notis bunyi mcmni " Harap maaf, pid tutup untuk beberapa hari atas sebab2 yang tak dapat dielakkan" Oleh sbb kereta mama ni senang sgt org nak cam, so kemana2 je org nampak.Adalah sorang hamba Allah ni....dia call tanya camni "hello ima, naper pid tak bukak2 lg? Tiap2 hari saya terserempak dgn kete awak, haritu sy nampak kete awak kat hospital, awak tak sihat ke?" huhuhuhu.......kekadang tension gak, tambah org kg, nombor senang ingt, mmg senang sgtlah nak cam.Semua nak ambil tau.Mama pun jawab lah.."yer pakcik...saya cuti 5 hari..anak sy masuk wad..." Kalau pergi mana2 kedai cina, dia akan tanya, "oooo...lu keje dekat itu pejabat pos ka? pakai itu kete no 505 ya?" So, motifnya disini, kalau ada sesapa nak dtg pid kota, tp sesat kat area2 sini, ckp je yg keje pid keta 505, semua kenal..org tak ingt nama mama, cuma ingt no ajerrr....