38 weeks 2 days...

Harini aku mula kerja setelah 4 hari cuti.Khamis minggu lepas aku ada appoinment dgn doc pakar...so..kami dah buat keputusan untuk cuba bersalin normal.TAPI...doc hanya beri aku ms 4-5 jam sahaja, lebih dr tu kalau bb masih tak keluar, aku terpaksa juga dioperate..huhuhu...YA ALLAH..PERMUDAHKAN LAH SEGALANYA..SEMOGA SEMUANYA SELAMAT....dan kami pun dah tahu jantina baby..heheh...nak tahu apa??? tggu jelah nnti yek..persiapan baby semua dah siap..dan aku dah standby 2 beg..1 beg utk baby, dan 1 beg utk aku....pe2 hal hubby tak kelamkabut... Jumaat cuti, pg tu mmg tak kemana2, kul7 pg lg hubby dah keluar, ada jemputan majlis Maal Hijrah.Ptg tu kami gi Jaya Jusco Melaka, shopping barang2 baby.Sabtu pg hubby ada majlis kat ofis, seharian tak kemana2, ahad pg pun hubby ada majlis lg....ahad malam baru kami keluar.. tu pun gi beli brg2 Bazil pastu keluar mkn... Badan ni makin hari makin tak larat..tp org tua2 kata kena byk bawak berjalan..mudah bersalin.Bdn dah mula sakit2 belakang, kaki mcm dah tak larat nak melangkah...berat badan semakin naik..heheh...1 minggu 1kg ok..dah 65kg..naik bagai johan...malas nak pk...dah bersalin baru cari jln nak maintainkan lik....Tu hari dapat soalan cepu emas...nak tergelak pun yer gak....adalah 1 mlm tu, belakang ni rs sakit2 yg teramat sgt..so suruh la hubby picit2kan...sedang dia picit dia boleh ckp " yang...tengkuk ngan bahu ayang ni bengkak lah...naper ni? "tu bukan bengkak sayang ooiii....itu lemak berlebihan...gemuk la tu....heheh..."Tinggal bp hari je lg .Perasaan? xtau nak ckp..mcm2 ada..takut..happy..tak sabar...Makin hari makin malas nak gi keje..xder mood langsung nak buat keje..rasa malas nak pk apa2.Seminggu ni ingt nak settlekan keje2 yg perlu sebelum bercuti panjang, tapi...malas la pulak...camner ni?? heheh....

Mama hepi sgt2....

Kenapa mama hepi? sebab...abah Bazil dah tamat kursus....Jumaat 11/12/09 lastday hubby kat INTAN setelah 7 bulan menjalani kursus DPA (15/5/09-11/12/09).Fuhh!!!....lega...hope bulan 4 ni dia boleh konvo.Harini hubby mula berkerja seperti biasa.Berulang alik Port Dickson - Tampin dan bertolak dari rumah seawal 7.00pg..Dan rutin harian aku juga kembali seperti dahulu, bgn awal pg dan sediakan breakfast...Cerita terbaru dari hubby pg ni, dia telah ditranferkan ke bahagian Pengurusan (M44)..kalau dulu Bahagian Tanah dan Penguatkuasaan tapi setelah habis DPA pergi ke unit lain plak..hehehhe...xper.....mula2 je rasa susah tu, lama2 nnti oklah..Aku pulak minggu ni dah masuk minggu ke38.Tak lama lg ni.Moga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.Bazil pun macam dah tak sabar2 nak tggu baby keluar.Asyik kiss perut aku pastu ckp "mmm..ayg baby.."asal aku duduk je dia usap perut aku..kihkihkih....Hari ke hari dah semakin bijak bercakap dan terus bercakap..kekadang sampai aku pulak yang letih nak layan dia bercakap..Lasak pun dah tak macam dulu..apa je mama suruh dia akan buat dan faham setiap arahan.Disaat2 aku menunggu masa utk bersalin ni, barulah jiwa aku tenang..sbb..hubby dah ada depan mata..yang paling penting dapat ringankan aku uruskan anak disaat aku yg tgh sarat ni...Hari2 ku kembali ceria..

Cerita mama masuk wad..

Lepas jer Gew, aku bleeding teruk..secara tiba2 darah keluar mencurah macam air.Ya Allah!! naper pulak ni??? Masa tu aku rasa mcm nak buang air, so aku pun pergilah toilet, sekali bukan air yg keluar!! aku tgk mangkuk toilet penuh dgn darah!!!! rs nak pitam pun ada.Sebab mmg darah hidup.Aku gerak jer sikit, sekali lg darah turun mencurah.Bukan sikit, mcm air kencing..tapi dia keluar mencurah sekali byk lah...Aku pun bgn perlahan2 dan terus pakai pad.Aku bawak duduk dlm 10 minit camtulah.Tapi bila aku bgn jer, sekalai lg aku rs benda mencurah laju keluar.Masa tu aku kat rumah mak aku..aku risau nak bgtau mak aku, sbb mak aku pun tak berapa sihat..takut dia risau pulak.Aku diamkan diri dan terus nak balik rumah mertua aku utk ambil anak aku.Dlm perjalanan, aku fikir, haruskah aku pergi hospital? kalau pergi confirm tahan wad punya..ohh..tidak...lusa dah nak raya.Aku pun pergilah bersendirian ke klinik private.Doc tak terima aku, katanya terus pergi hospital.Tapi...aku tak sakit...cuma darah jer yg keluar mencurah2..Dengan sendirian, aku pun pergilah hospital..terus ditolak ke labourroom dan mulalah episod seluk menyeluk..sakit!!!!!!!!! kena masuk cam mulut itik tu lg.Mcm perut ayam dibuatnya.Ms tu barulah aku call mertua aku, kata aku kat hospital..Terperanjat mak2 aku.Beginilah nasib kalau laki jauh dr kita...tambah plak ngan keadaan aku camni..sedey tauu....Hospital daerah kata aku harus dikejarkan ke hospital besar untuk rujuk pakar.Dah buka 1cm, tp xtau naper darah kuar mcmtu.Aku pun dibawa menaiki ambulan..(sorang2 jer...)sedih sgt2.....Sampai hospital besar, sekali lg aku di seluk..adoiii......dan seberi 2 injection matangkan paru2 baby..(sbb takut kalau2 aku terbersalin awal) sakit sgt2 ms inject tu....sampai aku menjeritlah.Aku dihantar ke labourroom utk diawasi sehingga pg esoknya.Dlm pukul 12mlm hubby aku tiba2 muncul!! apa lg..aku menangis puas2 lah...sbb ms tu mmg xde sapa follow aku ke hospital besar..aku lonely lorrr....mertua aku jg anak aku, mak aku uzur....sedey sgt2..hubby aku kalau ikutkan mmg dia tak lepas keluar, tp atas ada belas ehsan, dia dibenarkan....semalaman dia temankan aku kat labourroom.Walaupun aku sakit, tapi aku tetap hepi....Esoknya aku dipindahkan ke wad biasa utk beberapa hari...Aku dipantau sehinggalah tiada darah lg yg keluar.Aku beraya kat hospital....sian Bazil...mama xder.Yg buat aku sedih, bila aku call dia, dia mesti ckp " adik ayang mama...mama akit oyot(perut) ye???" huwaaaa.......nak balik..rindu sgt2 ngan dia.....Doc ckp antara uri ngan tempat baby aku tu dah renggang dan terkoyak..tu yg bleeding byk...so aku dinasihatkan tidak dibenarkan dukung anak, angkat berat, byk bergerak dan buat benda2 yg memenatkan.Aku harus berehat sehinggalah bersalin.....so, aku dtg keje ikut suka dan ikut larat aku jerlah....aku dah malas nak beriya2 kat pid..SBB...bak kata laki aku, ada majikan aku jaga kebajikan aku?Dah tau aku keje sorang dan tgh sarat, patutnya watlah apa2 tindakan..cr pengganti dgn cepat ke..atau aku dikecualikan ke...bila dah jd mcmni??? aku yg sakit xder sapa ambil tau....sib baik xde per2 berlaku...Sekarang ni aku keje main2 je...tggu masa je untuk bersalin....

Gew..oh..Gew....

Cerita pasal gew ni, nak tak nak, larat tak larat kena buat jugak..Tak buat nnti tak buat kerja pulakkan...umpama tak amanah dengan kerja.Ngan perut yang sarat dan memboyot, dah 34 minggu lah katakan...almaklum ajerlahkan...aku gagahkan gaklah buat setakat mana yang mampu..Budget diberi RM500, so aku buat pun ikut budget lah kan....nak lebih dr tu xder maknanya...Program bermula dari 16 - 20 November 2009.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.Penat mmg tak boleh nak cakaplah..kerja sorang...semua kita nak uruskan..AJK??? errmmm....setakat datang program dan makan tu boleh lah..alasan memasing bz lah..tak retilah...dan mcm2 lg lah..so, malas nak cerita byk, aku buatlah sorang....balik rumah mmg lembik satu badan.Ngan karenah bazil sejak dah dekat2 nak dapat adik ni, mcm2 hal dia buat..ada jer tak kena.Tak dapat je nangis..panjat sana sini, nak itu ini...sampai ada satu malam tu, ntah angin apa masuk dlm bdn aku, pappppp!!! aku terlepuk mulut dia....skit2 nak melalak, bdn aku dah penat, tak larat bawak perut lg...haa...kan dah kena..tp lepas aku balik yg menangis.Aku mmg tak pernah lepas tgn kat dia.Maafkan mama ye sayang....rasa bersalah dan kesian mmg tak dapat nak ckplah.Nasib baik tak kuat sgt.Lepas tu aku nagis puas2 dan call abah dia...uuwaawawawwa.....

Bazil dah 2 tahun...

Dah bercendawan blog ni tak diupdate.Byk cerita nak dikongsi, tapi memandang masa dan keadaan tidak mengizinkan, cerita2 tu semua disimpan ajerlah buat tempoyak....
15/11/09 umur Bazil genap 2tahun....mlm tu tak rancangpun nak celebrate birthday dia..maklumlah...abahnya tak der, so nak sambut pun mcm tak syok...ntah mcmner, kul 7mlm camtu mr hubby tiba2 buat kejutan...balik secara tiba2.Sampai rumah jer, lepas solat magrib terus ajak gi kedai kek.Katanya nak sambut birthday Bazil...aikk???? sungguh mengejut.Aku pun bergegas siap and singgah lah di secret recipe.Menu mlm tu hanya seketul kek, 2 set large pizza dan Yong Tau fu.Kebetulan nenek and mak busu family ada dekat rumah mak..so, kami sambutlah beramai2..dalam pukul 9.30 mcmtu hubby terpaksa bergegas pulang semula ke INTAN sbb esoknya dia ada class..huhuhu....sungguh kelamkabut.Hubby kata xper, dia dapat balik kejap pun jadilah, asalkan dapat sambut birthday anak bersama mama..tq sayang...i luv u so much!!! Insyaallah, bila dia free nnti kita sambut betul2...
Oleh kerana sambutan yang tidak dirancang dan tiada persediaan, gambar pun tak sempat nak ambil.Kalau ada pun kat hp hubby jerla...tu pun ntah bila nak upload....

Tension..tension..

Aiyooo..apa dah jd ngan blog aku ni..semua hilang weii...gatai tgn gi tukar background, ni lah jdnya....buat plak time malas..padan muka haku...aduhaiiii...malasnya nak wat likk...tolonggg.......haruskah aku buat tak tau??????

Wajah2 tersayang....

Nilah intan payung, buah hati , penawar jantung aku...sejak nak dapat adik ni tersangatlah bijak berckp...dalam usia 1tahun 11 bulan dah pandai count 1-10 and 1-hingga 10.Sangat suka nyanyi lagu burung kakak tua.Pandai sgt2 ambil hati mama..suka kiss pipi mama..mama luv u sayang....
ooohh..ini my mr hubby....tinggal 2 bulan jer lg nak habis..dah lama mama tak tgk abah berambut yg ala pacak tu.Dah 5 bulan rambut abah mcm ala mat tiarap(Askar) sesapa jer jumpa laki aku semua ingt laki aku ni askar..huhuhu...
Ini picture terbaru my mr hubby dimalam mesnite 2minggu lepas (kiri hujung sekali).Cepatlah habis..mama rasa macam dah lama sgt abah kat sana..dari anak dalam perut aku ni sebesar biji sawi, sekarang dah besar dah pun..2 bulan lg nak keluar..adusss...banyak tul dugaan yang aku tempuh selama mengandung tanpa en. somi disisi...Semua tu dugaan dari Allah..nak uji kesabaran aku la kot kan...

Cerita hari raya...

Di mlm raya...

Suka main api yerr...(with his Pak Teh)

with his cousin Aleeya...

his cousin also...Azreen...
feel sleepy..dah letih beraya, so i want to sleep hokeyy...

On the way to Perak (beraya rumah pak long)

heheh..pergi beraya lg..tp kali ni ikut atuk pulak, sbb abah dah balik kerja...tata...

*****-------------------------------***** Harini dah 18 Syawal...kejap betul ms berlalu.Ni cerita pasal raya haritu...tahun ni turn raya rumah hubby..mlm raya lepas buka puasa kami balik Tampin..Tahun ni hubby dan Bazil ikut org taman bertakbir dari rumah kerumah.Hampir pukul 12mlm brlah mereka sampai kerumah kami.Poket Bazil dah penuh ngan duit raya..tu br gi takbir, lum lg gi beraya..hasilnya agak lumayan..hehhe...tak sempat pulak nak ambil gambar Bazil dengan koceknya yg penuh.

Pg raya mcm biasa, bgn awal and siapkan sarapan.Aku mmg tak dapat nak pergi solat sunat, sbb bujang kecik tu ada.Lepas sarapan, semua berangkat ke masjid.Balik masjid, kami salam2 and berangkat ke rumah nenek.Dari pagi sampai ptg kami beraya rumah saudara-mara belah suami.Mlm, barulah balik ke rumah aku..hehheeh....actually, aku beraya rumah mertua sehari jer..raya2 seterusnya kat rumah aku ler..tahun ni turn adik beradik aku beraya rumah mak.So, kat rumah tu mmg ramai giler la..seronok...setiap ruang penuh.Kalau nak tido selit2 jerla..tp nasib baik aku mmg dah ada bilik sendiri.Xbanyak ambil gambar..sbb asyik sibuk didapur..and terlupa...

Xder apa nak buat..layan jer la...

Ni masa dia leka, xsedar mama amik video...

Pening kepala mama nak ooii...

Isnin,Merdeka....maknanya minggu ni cuti 3 hari....seronoknya....
Hubby plan nak naik KL hari Ahad tu.Nak gi beli baju raya Bazil...
Walaupun mlm ni Merdeka, tp jln xder lah jem sgt...
Kami gi beli kat Midvally jer...nak gi Sogo mesti sesak giler arr..
hasrat nak pergi jln TAR terpaksa dibatalkan..lgpun ngan keadaan aku mcmni, laki aku malas nak bawak aku gi tempat2 yg sesak mcmtu...
Sampai Midvally dlm kul 2.30 camtu la..mula2 tu xderlah ramai sgt, tak lama lepas tu ramai giler...kepala aku dah naik pening ngan keadaan sesak mcmtu...Shopping kali ni memang semata2 utk anak jerla....hubby aku tu biasalah...2,3 hari lg nak raya barulah xcited nak beli baju, aku pulak sblm peknen dah beli baju kurung moden, ingtkan nak pakai raya, dah jadi mak buyung, tgk jer la baju tu....nak beli "baju uniform" rs mcm membazir pulak...sbb pakai bp bulan jer...ermm...tgklah mcmner.
Aku ni ngandung baby girl agaknya.Nak bershopping utk baju Bazil, tapi aku asyik duk belek baju baby girl......ternyata baju girl tersangat lah cantik and comel2....nak jer beli sepasang, tp sapo nak pakai??hehhehe...Baju Bazil senang nak cari....boy, fesyen yg sama jer la..saiz dia pun senang nak cari.Itu ini..itu ini...baju utk dia sahaja laki aku dah perabih RM5++...????? baju apa yang abah ko belikan ni nak oooiii......mama leh dapat 7 pasang baju ni tau!!! Bila mama pilih mulalah dia xberkenan, tak cantik lah..itulah..inilah...sbb tu aku biarkan ajer dia yg pilihkan..tapi tgk apa dah jadi???? Kalau aku tarik muka ketat, dia wat tak reti jer...kalau dia kata nak beli, dia akan belikan jugak....masalahnya membazir...badan si Bazil tu makin lama makin besar....Dia nak suruh anak ikut mcm dia..beli biar mahal , janji puas hati,cantik and tahan lama....mana boleh!!! Bazil ni makin hari makin besar...kalau anak sorang xperlah sayang ooiii...nnti dah masuk 2,3 camner..Kalau aku yg belikan tuk anak aku, RM200 tu dah mcm2 baju aku leh dapat...Tapi sib baik jugaklah dia pilih baju yg ada sale..heheh...kat Kids Guess adalah sale 10%..30%..sale pun luak bp jer.Pastu singgah kat butik Gap, x sale pulak...kihkihkih...Dia kata tggu sale dl br beli.Pastu nyaris2 tak beli kasut clark .Walaupun kecik, tp harga RM198..pujuk punya pujuk,akhirnya tak jadi.Mana tak nya, 3 bulan lepas br jer belikan Bazil kasut Nike.Kan membazir....Kaki aku pun dah naik melecet berjalan.Kiranya dapat gak lah aku sepasang sandal baru..kihkihkih......tu jerlah...nak beli baju cam xder mood nak beli (malas nak mencari).Badan ni kalau diikutkan nak jer aku duduk kat atas stroller Bazil tu ha...mmg xlarat sgt2..aku kan anemia..so mmg cepat penat....Last skali kami singgah kat Hush Puppies, nampak mcm cantik je, kami belilah sepasang lg .Beraya sakan ler si Bazil tahun ni...
Ptg tu mr Hubby ajak berbuka puasa dekat restoran terapung "D' Muara"Port Klang.Mmg sesak giler...whatever tempatnya mmg menarik, mkn pun sedap, semua sea food fresh...

Menu buka puasa.....

Hari ke-3 puasa tetiba aku rs nak mkn ikan kukus pulak...kalau hubby ada leh gi ajak mkn kat luar jer..nak buat camner kan...so, sendiri nak mkn sendiri masak lah..hehheh.....mertua aku kata sedap...ok lah tu...huhuhu...pic tak sempat nak snap...segan la ngan mertua...gambar lauk pun nak ambil..kihkihkih...tp pic nya bih kurang cam ni gak la..cuma aku rs hiasan pd ikan aku tu lebih nampak menarik kot..sbb berwarna-warni....

Ikan Siakap Steam

Udang goreng kasturi...

Kailan Ikan Masin...

weekend...

Bazil kalau hari2 biasa mmg susah nak biarkan main kat luar.Asyik duduk dalam rumah tgk tv..main motor..kete control.Kalau keluar pun ikut mama/wa dia gi shopping je la....Tapi kalau sepupu dia balik....inilah xtvt dia di luar rumah..

Gi Terengganu Kite..

Ni pic 2 minggu sblm puasa...Dah lama nak letak..tp asyik tangguh jer...Kebetulan abah Bazil dapat cuti seminggu..so apa lg..kami habiskan ms tu pergi kemana-mana yg kami suka lah....lepas ni xtau lg bila kami dapat bercuti bersama mcmni kan....jom layannnzz....
Kalau drive jejauh, ini adalah port yang Bazil suka....
Pantang nampak kamera...senyum melebar... Di Rantau Abang.....
Singgah Solat Zohor di Masjid Kristal....
Posing dulu...
Mak Buyung pun nak ambil picture gak....
Son and his grand ma....(nak check in)
Sukanya dapat mandi pool...
Ada hajat nak mandi kat tempat org besor....jgn nak..dalam tu...
Suka yerr.....
Cherating....
Jom jalan2 cari mkn kat Terengganu....
our room....
In Front of Primula Hotel....makanan sedap2!

My Birthday?

Semalam birthday aku (3 Ogos 2009)...ermmm...rasa cam biasa jer...cuma pagi2 tu mak mertua and pak mertua wish...tq mak..abah....hubby mmg tak dapat nak call la.....kepada member2, terima kasih diatas ingatan anda semua....Tapi 2 hari sblm birthday hubby wat surprise...kami sambut 3 beranak kat rumah...kebetulan last week hubby dapat cuti seminggu ...so, itulah ms yg dapat kami habiskan bersama...Now, he's at OBS....take care and gud luck....umur aku dah hujung 20 -an ni..Tahun depan diambang 30-an...huhuhuhu...aduss....tapi...kenapa aku masih terasa muda yek?? uwekksss.....Hepi Birthday to me.....

Kena TAG jugak....

Saya dapat tag ni dari atie..sorry yer atie sbb agak lewat skit ler nak menjawab...bz sgt la....so, utk tak menghampakan...see.......

Nama-Nama Timangan Anda
-Kat rumah biasa org panggil adik..tapi bila dah jd mak org ni rs malu lah plak...tapi my mum still call me "ADIK"
-Saudara-mara panggil MAK SU / INDUK...(Saya yg bongsu k...)
Kawan2 - Imah/ima.....
-My Hubby always call me - Ayang or Mama.....
Anda Seorang Yang
-Sangat suka berkawan...tak kisah sesapa pun...Sesiapa yang rapat/kenal ngan saya akan tahu siapa saya...kalau kena ngan topik boleh tahan kecoh gak.So..kalau jumpa saya jgn segan silu tegur k....
-Sgt suka menolong dan seorang pendengar yang setia....
-Tak suka sakitkan hati org walaupun hati kita disakiti org...kira cam " ahh..lantak ko lah..nak kata apa katalah....."
-Sgt penyayang..terutama pada suami tercinta and anak tersayang.....
-Suka kan binatang exspecially pd kucing...(sy boleh nangis kalau kucing sy sakit or mati..)
-Sensitif- Cepat ngebeh..(nangis..) Kalau hubby marah anak pun sy leh nangis....
-Cemburu- Sgt cemburu pada hubby...pd hal dia xder per2 pun..biasalah kat dunia ni xkan nak berkawan ngan sama spesis jer kan....cuma aku ni jer yg cemburu lebih..tp sib baik dia dah masak hangus ngan perangai aku..kejap jer....biasanya siapa jer kawan dia, dia pun akan jd kawan aku jugak...
-Degil- kalau org kata jgn, aku nak buat gak...hahahahah....
K lah..byk sgt plak ni....zasssss.......
Insan Teristimewa
Mak & (Arwah Abah)...Suami...Anak.....(Yang lain tu sayang gak...cuma ni antara carta teratas lah....)
Describe Apa Yang Membuatkan Dia Terlalu Istimewa Di Mata Anda

Mak- Tanpa mak kita xder kat dunia ni..Mak banyak berkorban dr kita lahir sampai lah dah besar panjang ni haa....JASA IBU TIDAK TERNILAI....

Suami - Bila dah kawin, sebagai isteri tanggungjawab kita semua pada suami.kalau dulu syurga dibawah telapak kaki ibu...tp bila dah kawin "SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI SUAMI"....

Anak - Anak adalah pengikat kasih sayang....Dialah darah daging dan pewaris bila kita tiada nanti...Anak ni penghibur dan satu rahmat dari Allah...Setiap anak yang lahir tu ada rezeki tersendiri..Kalau jumpa kawan2 diaorg takkan tanya "eh, duit ko kat bank dah berapa?, kete ko dah berapa? rumah ko dah berapa?" Mereka pasti akan tanya..."Anak ko dah berapa sekarang?"

Lagu Kesukaan Anda

-Ntah la...tak fanatik sgt ngan lagu2 ni...bukak radio, dgr jer lagu apa yg keluar....tajuk lagu ker...lirik lagu ker...xder maner nyer tau...heheheh....

Makanan kesukaan anda

- Tak kisah apa2 pun...janji..PEDAS!!! kat rumah kalau tak pedas saya boleh ambil cili padi wat ulam atau pun saya ketuk cili padi wat sambal...

Warna kegemaran anda

I like Blue....tapi tak tau naper, bila shopping suka sgt ambil warna hitam..coklat..putih...sampai mr hubby dok bising.."cubalah ambil warna lain...suka sgt warna yg sama.."hehehe....yang cerah2 sgt ni xbp nak suka...tapi tgk design la..kalau cantik dimata saya rembat ajer....
Sikap yang membuatkan saya stress
-Bila keje dah bertimbun2 dan bertunda2....mulalah migrain dtg...xtau mana satu nak buat...
-Saya tak suka lah orang yang pentingkan diri sendiri....
Tiga Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg Anda
Hp
Kunci (Rumah,Pid,Kereta)
Wallet
Kali Terakhir Anda Menangis dan Kenapa
3 Ogos 2009- Ni tarikh lahir saya...sblm hubby berangkat ke OBS, dia pesan..."mama...promise kat abah yer...abah ada tinggalkan kad dlm kereta..nnti tepat kul12 mlm 3 ogos, baru mama baca yer.." Dalam kad tu ada surat...sedih tau..isi2 kat dalam tu sungguh bermakna.Sebab...ms birthday saya nnti dia tak boleh nak call atau email saya.....huhuhuhuhu...mmg time ni sedih tahap bengkak mata arr....

siapa yg pernah rasa..mereka akan terasa.....

Dah agak lama aku tak update blog ni...cuma bila free tu selalu gak la aku menjengah blog member2.Nak update blog sendiri teramat lah malas.Gambar Bazil pun dah lama tak letak kat sini.Nantilah syg ye, bila mood rajin mama pulih nnti mama tepek byk2 k.....Pregnant kali ni mabuk aku teramat lah teruk.Pg2 nak gi keje rs malas sgt2 nak masuk bilik air.Tp xkan nak gi keje tak mandi plakkan? Asal masuk je bilik air tekak dah mula kembang.Selalu gak aku mandi sambil mkn asam...semua tu tuk kurangkan rs loya....nak gosok gigi suatu perkara yg paling mengazabkan.Ubat gigi adalah penyebab semua isi perut aku akan keluar sampai pedih2 tekak and sakit perut.Kesihatan aku sejak kebelakangan ini amatlah tidak memuaskan.....Atas nasihat doktor seharusnya aku perlu rehat secukupnya, tp memandangkan aku bekerja seorang diri, kugagahkan jugak....Dari checkup 1 bulan sekali, sekarang ni dah kena checkup 2 minggu sekali...HB aku terlalu low iaitu dah sampai tahap 8.3 diawal kandungan aku masih 3 bulan lebih...darah aku terlalu cair..asyik kena gi amik darah jer...benci tau..sakit...sbb tulah aku sentiasa pening, mudah pitam, lesu, berdebar2 dan mcm2 lg...aku adalah pengidap enemia ketika ini..... seminggu 2 kali aku kena gi check BP pulak..sbb takut tekanan darah aku rendah lg....atas nasihat suami and mertua, sekarang ni aku stay ngan mertua aku..so pg2 aku tak payah lg ulang-alik hantar and jemput anak aku.Dan aku juga kini pengidap sakit tengkuk, kepala and belikat yang teramat sgt.tp serius...mmg aku tak tahan dan keadaan ini membuatkan aku rs sgt tidak selesa, malas, tidak bermaya dan terlalu stress...tp aku bersyukur..walaupun suami aku masih dlm kursus,dia tetap akan cari masa utk bersama aku....Kekadang tu,kalau dia xder cuti weekend, kul 12tgh mlm hari Sabtu pun, dia tetap akan balik dan sampai rumah kul2, 3 pg walaupun pg2 Ahad tu dia terpaksa pulang semula ke INTAN Bukit Kira ...tq sayang..tq so much!!!...katanya dpt jengah sekejap aku and anak pun dah cukup melegakan hatinya...Bila aku sakit belakang, sekarang ni anak akulah jadi mangsanya..dia pun faham mama sakit..bila aku panggil " adik....sit behind mama..." secepat mungkin dia akan terkedik2 berlari and duduk kat belakang aku...walaupun dia masih kecil, tp..alangkah leganya bila beban 13.2kg menghempap belakang aku yg tgh sakit....yerla..nak suruh sapa lg...dah abahnya xder..anaklah penggantinya....Nak mengajar pun aku rs tak larat sgt2.kalau dah duduk rs tak terbangun nak gi kat user...pandai2 ko la dik....kalau tak faham aku jerit dr meja jer....biarlah dia nak kata aku ni malas ke apa...tp hakikatnya aku sgt2 tak larat...xkanlah aku nak bgtau semua yg dtg pid yg aku ni tgh mabuk2, peknan kan...nnti bila perut dah moncit korang faham2 la makcik2..pakcik2 , kakak2 dan adik2 sekelian.....
Pg ni aku keje sorang lg.Dah masuk minggu ke 3 opismate aku jd biskut..jap ada, jap xder.Dia dah pat keje lain so biasa lah..bz....Bdn aku pulak sejak dua menjak ni makin lesu dan tak bermaya.Maybe terlalu letih kot.Bz keje kat opis. lg..kat umah plak bz uruskan anak.Minggu lepas dah la aku keje sorang, nak handle eservice lg..uruskan mkn minum peserta...mertua aku sakit...anak aku demam...akhirnya nenek aku yang meninggal semasa aku menjalankan xtvt eservice komuniti fasa 3 tuk hari ke 2..masa tu mmg aku kelamkabut giler...program kena habiskan jugak, dalam hati ni sebak dapat berita nenek telah kembali ke rahmatullah..ms tu hanya Tuhan saja yang tahu.Habis je program, kemas2 PID aku terus berangkat pulang.Harini PID DITUTUP...Esoknya aku mmg tak larat sgt nak gi keje, maybe terlalu letih kot..sbb mlm tu ada tahlil ,aku mengemas rumah sehingga lewat kul2 pg....so, PID DITUTUP LG....... Minggu depan masih ada 3 lagi sesi eservices...tolongg.....mampukah aku nak meneruskan semua ini seorg diri??? ngan keadaan aku yg lemah..lesu..mabuk...mual and loya yang melampau ini???? smlm sorang jurulatih call kata tak dapat hadir pulak...sbb dapat keje...Ya Allah......yang sorang lg jurulatih ada hal pulak isnin depan....TOLONGGGGG.....aku tul2 tak larat.......kepala aku ni 24 jam pening memanjang.Camner aku nak teruskan ni??? Diana pulak minggu ni last.Keje melambak lorr......aku rs nak pitam and rs cam nak pengsan...
SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA2 AND BAKAL BAPA DI MALAYSIA INI...Terutama buat En. Abdull Quddus B. Nordin iaitu bapa kepada Muhammad Bazil Amin dan yang di dalam perut ku ini....Sedekah kan Al-Fatihah buat Allahyarham bapa ku Mohd Yunus B. Ujang.....

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat nenek ku yang telah kembali ke rahmatullah pada Rabu 17/6/2009 jam 10.37am

Musim ibu mengandung..huhuhu...

Seronoknya...tahun ni ramai pulak ibu2 pid yang bakal terima cahayamata yg ke 1..2..atau seterusnya.Alhamdulillah.....moga2 bayi2 yang bakal lahir ini dimurahkan rezeki,....amin...antara member2 PID yg bakal melahirkan..(yg aku tahu jer la..)

  1. Kak Raihan
  2. Nita
  3. Atie
  4. Aku (due 4/1/10)
  5. Miza (5/2/10)
  6. Azrin (feb 10 jugak kot...)
  7. **(Kak zaimah dah selamat melahirkan..)

Tahniah yer rakan2 semua....pas ni ada sesiapa lg nak join the club??? kepada iera and nunu....usaha cepat2 skit yer....best ooo..ada anak ni.... : )

Selama 11 tahun aku bercinta..(huhuhu......dr form 3 k.....), 1. 1/2 bertunang, 2 tahun 5 bulan berkahwin, inilah kali pertama aku tak dapat sambut birthday my luvly hubby...sedeyyy.......hubby kata tak per...tuk tahun ni jer kita berjauhan...lepas ni abah xtinggalkan mama and anak2 lg.Tahun depan kita sambut sama2 yer...birthday abah, mama dan anak..."HEPI BIRTHDAY SAYANG....MAMA DOAKAN KITA SEKELUARGA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH, MURAH REZEKI, SIHAT TUBUH BADAN DAN SEJAHTERA SELALU...TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...SAYANG TELAH MEMBAHAGIAKAN HIDUP MAMA AND ANAK..WE LUV U SO MUCH!!!!"
Pening..Pening..Pening....
__________________________________
  • Bangun pagi kepala aku pening dan mual bila masuk bilik air dan bau ubat gigi..
  • Kat tempat keje pala aku pening dan mual bila bau tumisan dari kedai sebelah...uweksss.....
  • Pala aku tambah pening dan meloya sampai nak keluar isi perut bila bau badan mamat2 perokok yang masuk PID ni.....busuk..hangit...dan ntah apa2 lg!!!!(ikutkan hati nak jer aku tak kasi masuk!)
  • Pala aku pening bila bau lelaki....tolonggg...mana aku nak lari ni.....
  • Tghari aku bertambah pening and muntah bila bau bdn, stokin budak2 yg baru balik dari sekolah..(tolong la...balik sekolah gil ah balik umah mandi dl.....)
  • Ptg, pala aku pening bila org semakin ramai datang pid..(mcm2 bau ada.Bau2 semua diatas..)
  • Ikutkan hati tiap2 hari aku malas nak gi keje disebabkan aku tak tahan dgn bau2 diatas.Tapi nak buat camner kan...dah keje aku camni...mcm2 org, and mcm2 bau yang masuk.....tu lom lg kalau bangsa paria yg dtg...nauzubillah tengitnya...ngan bau getah lantun lg..uwawawaw........
  • Tiap2 hari aku dtg keje berbekalkan tisu wangi, minyak angin, asam untuk mengurangkan loya.....bilalah semua ni akan berakhir......

latest pic

Sejak mama dapat sindrom malas, nak ambil pic Bazil pun malas..huhuhu..sian anak mama.Ni mama tepek your latest pic k....
Cam hidung mama ke babah??
Posing maut ni ceeewahh...
1..2...3...smile....

; )

Rasa mcm dah lama tak update blog .Sejak kebelakangan ni aku mengalami kemalasan yang melampau.Nak gi keje malas...nak ngajar malas...nak bercakap malas...kalau diletakkan tilam kat PID ni alangkah seronoknya aku zzzzzzz.....
Dah 2 minggu aku and Bazil xkemana2..sian dia....sejak babahnya xder, aku tersangat lah malas nak kemana2.Nak gi Giant depan rumah pun malas.Asallah aku ni jadi pemalas plak kali ni yekk???
Minggu ni aku ada semanagt skit ler....coz my luvly hubby dapat balik cuti....yahuuu.......Jumaat mlm dia sampai..patutlah seharian tak call and message aku.Bila aku call dia kata "ok yer yang...abah bz lerr.."sedey bebbb......selalu time lunch mesti dia mes ker...call ker...uuwawawwawa....sedang aku layan TV ngan Bazil tetiba ada "call in "kat umah..(bibik angkat..)"kelamkabut bibik buka pintu..tgk2....huh???? sayang balik???? yahuuuu...sukanyer....rupanya dia saje xnak call..konon2 nak bg kita merajuk....tak baik tau.....
Minggu ni Sabtu and Ahad hubby xder class.Next weeks kena masuk hutan seminggu untuk tentera plak...sian laki aku...balik2 dah hitam...ni lom lg sebulan...kalau 6 bulan ntah camner la rupanya laki aku ni..adoiii.....
Hari sabtu kami 3 beranak seharian habiskan masa ronda KL.Dan aku palk ambil kesempatan menggedik2kan diri minta apa jer yg aku ngidam..seronoknya....
Walaupun ms bersama tu singkat, namun aku hepi sgt2.....Harini aku ada semangat lik untuk bekerja....

My lovely Kelisa and Lampam passed away....

Oh tidak....kelisa kesayangan kami dah mati...aku pun tak tau apa puncanya.Sehari sblm hubby gi kursus, dia dah siap bersihkan aquariu....Rsnya buat cam biasa jer...cukup anti clorine, oksigen on je...naper kelisa mati???persoalan yg tak terjawab.Mmg kami syg sgt2 kelisa ni.Kami bela sejak sebulan kami kawin...ms tu ikan tu kecik lg...besar dlm 1 jari setengah.Mahal plak tu sekor! Seekor RM200.....tulah..hubby sibuk ckp nak bg ikan tu kat org..katanya nak bela kelisa gold palk...tgk apa dah jd??? dia mati sendiri...uuwawwawawaw.........aku tak sampai hati nak buang ikan tu.Mak simpan lg kat freezer...hehhe...(mak pun syg ikan tu...)Sehari lepas tu lampam plak mati....huhuhuhuhu.....hubby xder ni semua nak mati...uuwawwa.....

Anakku oh anakku....

Sejak hubby xder ni mcm2 berlaku.Mlm td Bazil wat perangai..tak pernah2 before ni dia meragam ,ntah kenapa mlm td nangis nak berdukung jer...Tension...ngan aku yg sedang pening2 lalat, tekak tak tentu arah, dia buat perangai pulak....mak nak tolong xboleh, sbb bdn dia lg kuat dari mak yang telah berusia 72tahun itu...inilah dugaan yang harus aku hadapi.Smlm aku balik keje kul5.30pm terus ambil bazil .Dlm kul7 camtu sampai rumah.Sampai2 jer dia dah mula buat perangai.Nampak motor abah dia, mulalah merengek nak naik motor...al maklum jerla..mamanya mn reti bawak motor...huhuhuhu.....disebabkan tak dapat naik motor, dia merajuk sampai ke mlm....pujuk2 tak jalan gak....kali ni tak nak diletak.Asyik nak berdukung.Tunjuk bilik pastu sebut "babah...babah..." berjurai-jurai airmata aku...anak mama rindu babah ye...apa mama nak buat ni...nak call babah, xboleh..hp babah dah dirampas nak...bagi itu xnak..bagi ini xnak....apa mama nak buat lg ni.....bdn mama dah rs mcm nak tumbang dukung bazil dr td...ngan tekak yg tgh meloya...kepala sakit....tolong mama nak.....xder siapa lg kat rumah ni yg mama boleh minta tolong.....bayangkan aku dukung beban 13kg dr kul8 sampai kul11.Bahu aku mula naik bengkak.Aku nak duduk tak boleh, nak diletakkan pun tak boleh...last2 aku bawak masuk kereta gi bawak jln.Dalam perjalanan dia terlelap and balik terus tidokan dia.Mintak2 mlm ni dia tak buat perangai lg....Harini satu pid bau minyak angin.Sebab bahu dan belikat aku sakit yg teramat sgt.....
Mulai harini aku kena uruskan anak and bakal baby kami tanpa mr hubby disisi...uuuwaaaaa.......sedeyy nya...Masa Hubby nak gi DPA smlm, rs nak meraung jer...sib baik mertua ada, boleh lg ku cover .Tp bila hubby duk bg pesanan yg mcm2, makin lama makin berat plak airmata ni dan akhirnya.....berjurai gak ....uuuwaaaa.....mmg lah tak lama, 6 bulan jer..tp ngan keadaan aku sekarang ni, aku amat memerlukan suami disisi.Tambah plak morning sickness yg aku alami sekarang ni agak teruk dari anak pertama .Bazil plak sejak nak dapat adik ni mcm2 hal dia buat...nampak aku jer wat hal..nak berdukung...jer...ada jer tak kena.Kalau mr hubby ada, boleh gak dia bantu aku...tp nampaknya kali ni aku kenalah hadapi semua tu....Mr hubby habis hujung bulan 12...ms tu aku dah 8month....kiranya sempatlah tunggu duedate aku....Apa-apa pun aku harus KUAT DAN TABAH!! mintak2 jgnlah seteruk peknenkan Bazil dl..asyik kuar masuk hospital.Sampaikan tak cukup cuti tahun and mc..Harap2 yg 2nd ni tak buat hal...
Ini user kitaorg...nama dia Risnawati..tp dia lebih suka di panggil Uda.Yang kecik tu anak dia, Putry(comeyyy..).Kedai makan hubby dia sebelah PID jer...mmg tiap2 hari dia lepak PID.Kalau dtg PID mmg kitaorg tak boleh nak buat keje la...sbb ada jer cerita dia...Sejak dia peknen ni, kalau dtg pid asyik citer pasal masakan jer..masak itu la..ini lah...menu itulah....menu inilah....asyik citer makan...jer....yg aku n k.diana pun layann....(karenah ibu mengandung..)bukan setakat ckp jer..tp boleh dikatakan tiap2 ptg ada jer menu baru yg dia buat and kami mkn sama2 kat pid.Yang aku n kak diana plak suka melayan and makannn......heehh....Apa benda yg dia ngidam nak mkn, mesti dia buat and bagi kami mkn.Agaknya oleh sbb aku ni tiap2 hari mkn air tgn ibu mengandung, so, penyakit tu dah berjangkit kat aku...huhuhuhu...sib baiklah kak diana tu bujang, kalau tak.... join the club gak ngan aku..wakakka....

Ibu...oh Ibu....

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku....mak Bila lapar, yang suapkan aku....mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak Bila bangun tidur, aku cari....mak Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak Bila nak bermanja, aku dekati....mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak Bila nakal, yang memarahi aku....mak Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak Bila takut, yang tenangkan aku....mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak Aku selalu teringatkan ....mak Bila sedih, aku mesti talipon....mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak Bila bengang.. aku suka luah pada..mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah....mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak Yang selalu berleter kat aku...mak Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari....pasanganku Bila sedih, aku cari....mak Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada....mak Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat....emakku Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Weekend lepas kami xkemana2 coz kat rumah mak ramai yg balik ....sabtu and ahad plak kami ada jemputan kawin.Ptg tu mr hubby and his asst rajin pulak nak basuh kete adiknya....nak basuh his car, dah berkilat hantar basuh kedai, nak basuh kete mama, adik ipar bawak gi klang tukar tayar, memandangkan kete adik ipar aku tu dah terlebih kelabu asap, so apa lg....mr hubby and his asst mulakan operasi....Yang bagusnya Bazil ni, dia bukan pancut2 nak main air tau, tapi mmg dia tul2 basuh kereta....heheh....

Sukalah Pak Lang tgk kete dia bersih....

Rajin anak mama...

Malas +malas +malas

Malasnyer..serba serbi malas.Kepala plak berpusing2...mual..perut sebu...aduss...tolong......aku tak boleh nak ngadap sgt laptop ni.Berdenyut2 mcm nak pecah pala ni!!!! Bau aroma masakan dari kedai sebelah sgt2 meloyakan tekak aku.Aku hilang mood nak borak..sbb kepala aku sakitt........nak zzzzzzz........xde tempat sesuai.....apa yg aku rs sekarang adalah...."NAK BALIK RUMAH AND ZZZZZZ....."

Anugerah Allah yang tidak ternilai

Naper la ngan pala aku sejak seminggu dua ni..pening...xlalu mkn..lesu...nak wat keje pun malas.Kepala berdenyut2.Nak kata aku ni migrain, xpulak...check darah ok plak..tp bila duk ngadap laptop lama2 rs berpusing2 mcm nak pitam.Minggu lepas Bazil and Mr Hubby muntah2...minggu ni aku plak rs meloya tak pasal2....Peknen ke aku ni???...bulan ni mmg aku lewat @#$%$#.....mmm....Nak puaskan hati aku pun gi la pharmacy beli UPT....sajer jer.....ms nak test tu pun xder rs per2...sbb sajer2..hehhe....aku pun mulakan operasi...aku tgk sekali imbas cam tu jer...memula, ermm...xder per2...1 line je..tetiba bl aku toleh lik, huh!!! 2 line!!!!!! iskh!!..betul ker ni??????? makin lama makin pekat plak line tu.Aku pun call la mr hubby...mr hubby pun mcm tak percaya!..hehhe...Ptg tu kami pun sama2 lah ke klinik...mmg sah..aku preggie for 5 weeks....wakakakaka...mcm tak percaya Bazil nak dapat adik......Patutlah Bazil sejak 2 menjak ni manja sgt ngan aku.Nak berkepit jer..pastu wat muka2 ngada dia tu.Tahun depan Bazil ada kawan tau...so, ada kawan tuk main sama2..xderlah asyik nak selongkar almari...bilik wa lg yer.....Aku bersyukur sgt2...alhamdulillah...rezeki dr Allah....Camnerlah keadaan aku nnti...18hb Mei ni mr hubby kursus kat INTAN selama 6 bulan..so....aku kena kuatkan semangat! walaupun Bazil tgh lasak yang teramat sgt skrg ni....

Bazil is poisoning.....

Sian nyer anak mama.....Seminggu sebelum dia muntah2, pipi kanan dia lebam terhantuk kat bucu katil...aduss....cemas gak la dibuatnya.Ingtkan tulang pipi dia retak ke per...menangis sampai tak keluar suara and muntah2...bunyi hantukan mmg kuat..mama and abah dah cuak giler ms tu...citernyer mcm ni...
Mlm tu kami gi melaka, lawat family kak ngah yg br meninggal mak pg tu..pg kami kerja..so kami lawat mlm.Balik dr melaka Bazil xmo tido...biasa kul10 dia dah tido...ni dah kul12.30 dia masih xmo tido..nak main2 kat depan tv lg.Memandangkan sok kami nak keje, sy n hubby pun masukkan dia dlm bilik, kami tutup lampu and buat2 tido....Bazil ni tido lasak..so alternatif lain agar xjatuh katil,kami sediakan tilam kat bawah...(sian anak mama..)tp kekadang sy temankan dia tido bawah...Sy tepuk2 dia xmo tido gak...dlm gelap tu dia bgn nak panjat katil and nak bergumpal ngan abah nyer..ntah mcmner dia tersadung kaki saya and....TUP!!! uuwaaa......Ya Allah! anak jatuh!!!!! ingtkan kepala dia yg kena, kami buka lampu tgk2 pipi dia terus naik bengkak and lebam!...kayu katil tu mmg keras giler..(padu) bayangkan anak kecik tu kena...Bazil nangis xkuar suara...kami dah cuak dah..aku usap2 n terus tuam pipi dia..tetiba dia muntah....dah bersihkan semua dia terus tertido...Soknya sy lewat gi keje coz gi bawak Bazil ke klinik...alhamdulillah doc kata dia ok....
Tak sampai seminggu lepas tu dia muntah2 and cirit birit plak...Dah 2 klinik sy bawak, tp still muntah2 n cirit-birit...susu langsung xnak..mkn apa lg lah...tp jap2 dia mintak air...maybe dia haus sbb byk kehilangan air.Tu sib baik dia nak minum air..kalau xmo minum langsung mmg kena bawak gi hospital masuk air la nampaknya.Dah 4 hari dia muntah2 n cirit-birit.Ubat klinik still tak jln.Sy and hubby terus bawak dia ke Klinik Pakar kanak-kanak kat seremban.Doc kata usus dia dijangkiti kuman and poisoning.Bazil ni mmg kuat mengutip.Tak boleh lepas pandang, ada jer benda dia masuk mulut.Haritu hubby melabur RM162 kat klinik tu...huhuhu...byk giler ubat yg dia bg.Termasuk 3 tin susu similac(No lactos-coz cirit-birit)tp xper la...asalkan Bazil sihat.Harini, alhamdulillah Bazil dah boleh minum susu seperti biasa and xcirit-birit lg.

1st day sakit perut....sian....

Kat klinik pakar..mm...sakit2 pun lasaknyer gitu juger....habis semua kerusi diangkat.

Tgk tu..

Bila mama say "no", lg dia nak buat....

heheh....sekali abah sound, terus ngajuk..tgk la tu....walaupun "anak abah", tp bila abah marah..nak dgr plak tu...

MeNu For Today.....

(on phone) Mama : Abah nak makan apa harini?
Huby : Ermm...tak kisah..apa2 jer....
Mama : Harini mama buat spaggetti nak?
Abah : Mmmmmm....menarik tu.
Mama : Ok..balik keje ni mama gi beli barang.
So...menu tuk harini ialah......
SPAGHETTI/ LINGUINE BERSAMA SOS PASTA
Bahan-bahannya
1 paket spaghetti/ linguine
2 botol sos pasta jenama Ayam Brand (Tomato & Garlic dan Spicy)
1 tin sos pasta Campbells Prego (Traditional)
1 cawan air3 biji bawang besar, potong dadu
2 biji bawang putih, dicincang10 tangkai cili padi thailand, dipotong serong
daging cincang
1 tin cendawan butang, dipotong ikut suka
sedikit gula
minyak zaitun untuk menumisslice cheddar cheese (low fat)
Yummyyy......!!!!
Harini hubby dapat "Anugerah Pekerja Cemerlang"..Alhamdulillah....As his wife, saya rasa memang patut pun..Hubby mmg cukup consistant ngan kerja.Dia jarang ambil cuti walaupu cuti byk lg..mc lg lah...sakit2 pun nak gak pergi kerja.Selama dia bekerja ada beberapa hari je dia mc..tu pun atas nasihat doktor suruh rest kat rumah.Dah betul2 tak larat barulah nak gi hospital atau klinik..kekadang dapat surat mc pun dia pergi gak kerja.Saya bukan apa...dia berulang-alik dr rumah ke tempat kerja perjalanan makan masa 1jam.Kalau per2 berlaku saper susah? Tp hubby kata, dia tahu tahap kekuatan badan dia..mmm....Sejak dia dapat PTD, saya betul2 diuji dengan kesibukan hubby.Kekadang balik lewat..boleh dikatakan setiap minggu (sabtu & Ahad) dia ada reman...kursus jgn citer la...jap2 kursus...jap2 ada meeting...bukan sehari dua..kekadang sampai seminggu and lebih.Tp nasib baiklah anak saya ada..dialah peneman and penghibur..hehhe...Mula2 dulu tension gak..asyik kena tinggal jer..tapi lama2 jadi biasa...Yang membuatkan saya sayang sangat ngan hubby ni ialah, mcm mana sibuk sekali pun dia tetap luangkan masa bersama family...dia tahu membahagikan masa antara kerja and family..Bila time dia xbz, kami mmg tak lekat rumah lah...ada jer planning kat pala ni nak gi meronggeng kemana2..habis2 pun kalau tak der idea sgt nak gi memana, dia suka ajak mak gi bermalam umah kakak2 atau abg2 saya...heheh....hubby selalu pesan "semua ni untuk kebahagian mama and anak..mama kena byk sabar..yang penting mama jaga anak kita elok2 k?..." TO HUBBY.." CONGRATULATION FROM MAMA AND YOUR SON.. WE LOVE YOU SO MUCH!! MUUUAAHHH!!!!"

MeE uDANG bANJIR...

aCTuALLy nI pIC mS kAMI gI pEnAng hARiTU ...mEMANDANGKAN sAYA aGAK bZ bULAN nI, SO tAK sEMPAT nAK tEpEK KAT bLOG nI.... sEtElAh 4 hARI kAMI dI pENANg,MEEtING hUBBY pUN dAH sELESAI...So TIBALAH mS uNTUk pULAnG....sBLm sAYA nAk kE pENANG, sAYA adA BERTANYA dEnGAn cIK imma (pid k.kURAU) pASAL mEE bANJIR..oN tHE wAY bALIK, hUBBY pUN tANYA sAYA "mAmA...kItA dAH nAK bALIK nI..mAmA aDA nAK sINGggAH mN2 kE??? wAH!!!! SOAlAN cEPu eMAS!!!...."bAH....JOM kITA gI cARi kEDAI mEE uDANG bANJIR nAK?""mAMA tAU kE kAT mN?""eRMM...xTAU..tP MAMA aDA tANYA mEMBER....""oK..jOM kITA cUBA cARI" bERPAnDUKAN pEnuNjUK aRAh yG dIbERI ,AkHirNYA KAmI bERjAyA GAK sAMpAI..."tq mIss iMMA ....mMG bEST lAH!!!...bYK gILER uDANG..MMM..i lIKE! kEDAI sIMpLE jER, tP oRG RAMaI mCM ADA kENdURI KAwIN...LAmA gAK lA nAK tGGU oRDER.....tP KAMI tEtAP sAbAR..hEHEHE...
hUBbY sEDANg mENCARI jALAN..HUhUhU.... oK..dAH sAMPAI.....hUIyOO...RAmAI oLANG LoRR...
mANyAKNyA uDANG..... eRKK...aLHAMdULiLLAh.....tINgGAL kULIt...bYKKAN?? LEtIH MkN uDANG...bYK sGT!...1 mANGKUK aDA 15 eKOR uDANG..HEHEHEH...
HoLidaY at Penang....