Ni nak citer skit pasal gi e-service kat Penang haritu.Tak sempat nak update blog.Kelas full..maklumlah..isnin cuti, so ramai yang ganti klas.
Balik dr Penang ingt nak rehatkan badan,..rupa2nya Bazil demam pulak..Semalaman dia tak tido coz hidung tersumbat pastu batuk2.Sib baik isnin tu cuti Maulidur Rasul, so boleh la cover tido...
Ms kat Penang kami stay kat Tanjung Bungah Hotel.So, kat sini sy nak story skit peristiwa yang berlaku pada pg sabtu 7/3/09.
Sy sebilik dgn komuniti, biasanya sy gosok baju mlm..tp memandangkan mata dah mengantuk and letih sbb mlm tu Farid (family angkat) bwk round Penang plak...Sampai bilik kul2 pg...so apa lg terus zzzzz.......Dlm kul 6.45 sy terjaga, br teringat baju tak gosok lg.Nak suh Fizah temankan dia tgh mandi..so dgn tak fikir apa2 sy terus meluru keluar...konon2nya malas nak turun naik lift..sbb bilik iron bawak bilik kami jer..dalam hati pun berckp..(ah..turun tangga jerla..)sbb tangga Emergency dekat ngan bilik sy.Bila pintu tertutup,br sy perasan rupanya pintu tu xder bonggol di dalam..ahhh...sudah!! Dalam hati ckp "aduhh...camner nak bukak pintu kat tingkat 1 ni...ermm...kena turun ground dl la nampaknya.Sib baik tingkat 2 jer...Dgn selamba sy menuruni anak tangga..sampai jer anak tangga tingkat 1 tiba2! Ya Allah!!! DARAH!!.Serta merta badan sy menggeletar! Saya naik semula ke tingkat 2 dan ketuk pintu kuat2 kalau ada sesiapa yg dgr n bukakkan pintu..tp...tak der siapa yg dgr....bdn dah seram sejuk n menggeletar (hp tak bawak plak tu..).Dengan tekad sy beranikan diri untuk pijak kelompok darah kering yang bertaburan dan ada kesan mcm heretan.Rs nak jatuh jantung ni! Sy keluar dari pintu ground floor dengan keadaan menggigil dan seluruh kepala sy ditutup dengan tuala.Mcm2 sy rasa..loya,pening and seram sejuk mcm nak demam.Sepanjang dlm dewan sy masih terbayang2 darah yg sy dah pijak td tu...Aduss...mcm mn nak hilangkan rs takut ni??? sy terus cerita kat Amir (komuniti).Amir kata dia dah gi tgk, katanya mmg tempat tu bau hanyir.Pd hari kami nak berangkat pulang, Amir kata cleaner hotel dah bersihkan tempat tu...katanya kat Penang mmg dah biasa dgn hal2 mcm tu..eee....menakutkan..Sejak dari haritu sy tak berani dah nak gi mn2 sorang2..even nak mandi pun sy takut tau...tak kunci pintu pun..kuikuikui...