Akhirnya...

Tak sangka ..permohonan kami berdua berjaya. Akhirnya cita2 mama nak sambung belajar tercapai juga...syukur alhamdulillah. Actually, mmg inilah perancangan mama ngan abah. Memang dah lama mama nak sambung belajar sebenarnya..dulu lepas je mama habis Diploma, mama dapat sambung kat UTM Skudai..tp mama tak dapat pergi sbb abah mama meninggal.Mama kesian ngan mak masa tu..duk umah sorang2..asyik sedih teringatkan arwah. So, mama cari keje kat2 ngan rumah..dapatlah jd guru sandaran.Pas 6 bulan, mama xnak dah jd cikgu..sbb tak kena ngan jiwa mama...hehhe...rezeki mama agaknya, kebetulan masuk Pid,search internet cr keje..tetiba kak zaiton kata pid ada keje kosong, asst dia br je benti, apa lg...mama terus lah apply, alhamdulillah..dapat..So, skrg mama keje kat Pid hampir 7 thn. Mama dah kawin, dah ada 2 org anak yg comel, abg pun dah besar dan tak lasak lg, adik pun dah makin besar, so mama nak teruskan perjuangan mama semula. Semua ni pun atas sokongan mr abah..tq hubby...luv u so..much!!! Alhamdulillah, hubby pun berjaya sambung Master mulai bulan depan .tahniah sayang..... Mama - Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran(Kepujian)- UITM Hubby - Sarjana Sains Sosial (Sains Pembangunan) - UKM Adik..abang...doakan mama dan abah ye...Semoga segala urusan kami berdua dipermudahkan...Maka, bermulalah 1 lagi cabaran mama untuk belajar, bekerja, menguruskan rumahtangga dan anak2...
Bulan ni mmg dugaan utk mama. Belum sempat mama qada' tido tuk 5 hari tunggu abg kat wad, seminggu lepastu adik pulak masuk hospital..Sepanjang minggu, muka mama ni kat wad je la....Tapi alhamdulillah, adik tak de lah seteruk abg, kat dlm wad pun dia bole ketawa berdekah2 sampai nurse2 dan budak2 yg lain suka melayan .Cuma kesian bila tgk wafiy batuk. Teruk sgt2, sampai dada berbunyi2, pastu selseme . Bila hidung tersumbat, dia nganga, nafas ikut mulut sampai meleleh2 airliur..pastu berkahak. Sbb tu kena tahan wad...doctor nak keluarkan kahak. Adik ni, tak sihat mcmne skalipun dia tak meragam atau menangis beriya2...cuma dia akan gelisah, gosok2 hidung..pastu merungut. Syukur alhamdulillah..adik tahan wad 2 hari jer. Memandangkan cuaca skrg terlalu panas dan berdebu, so mama dan anak2 tak akan kemana2. Udara skrgni pun tak elok sgt. Kemana2 skrg ni musim demam, selsema dan batuk. Walupun Bazil dan Wafiy dah keluar wad, namun mereka masih belum pulih sepenuhnya.
Inilah kuda putih yang mama bawa sana-sini. Ni bukan nak citer pasal kuda putih ni, setakat nak cite pasal kuda ni buat apa, lainlah kalau bawa fairlady ke hapa..huhuhu...ni nak citer pasal no tu...setakat ni, mama lom jumpa lg no yang sama kat kawasan ni atau sekitar2 yg berhampiran. So, kemana saje mama pergi semua org kenal.."oohh..ima PID tu" .. atas jln raya org cam ,ke pasar org cam, ke pasaraya org cam cuma kat parking masjid je org susah nak nampak..kuikuikui....
Minggu lepas pid tutup 5 hari, kat pintu tu mama tampal notis bunyi mcmni " Harap maaf, pid tutup untuk beberapa hari atas sebab2 yang tak dapat dielakkan" Oleh sbb kereta mama ni senang sgt org nak cam, so kemana2 je org nampak.Adalah sorang hamba Allah ni....dia call tanya camni "hello ima, naper pid tak bukak2 lg? Tiap2 hari saya terserempak dgn kete awak, haritu sy nampak kete awak kat hospital, awak tak sihat ke?" huhuhuhu.......kekadang tension gak, tambah org kg, nombor senang ingt, mmg senang sgtlah nak cam.Semua nak ambil tau.Mama pun jawab lah.."yer pakcik...saya cuti 5 hari..anak sy masuk wad..." Kalau pergi mana2 kedai cina, dia akan tanya, "oooo...lu keje dekat itu pejabat pos ka? pakai itu kete no 505 ya?" So, motifnya disini, kalau ada sesapa nak dtg pid kota, tp sesat kat area2 sini, ckp je yg keje pid keta 505, semua kenal..org tak ingt nama mama, cuma ingt no ajerrr....
Pejam celik dah 9bulan anak mama. Sorang ni lain skit, manjang hepi go lucky je. Pantang nampak org, tersengeh..org panggil je, ketawa.Murah sgt2 dgn senyuman. Maybe masa ngandungkan dia dulu mama kat PID suka borak2 dan ketawa2 ngan member2 kot...Gigi dah tumbuh 6 batang, 4 atas, 2 bawah. Yang kesiannya sorang ni, dia terlalu alergik dgn sebarang susu lembu dan telur. Even makanan yg ada kandungan 2 bahan tu, kejap tu je naik bengkak2 satu badan. Setakat ni kalau nak pergi mn2 tinggalkan dia, terpaksalah bagi susu soya..tu pun dia dah pandai memilih, tak suka sgt susu soya tu. So, buat masa sekarang Muhammad Bazli Wafiy mmg full bf....Inilah masalah utama tuk mama nak kemana2 tinggalkan dia....mlm2 selagi tak dapat mengopek t**** satu taman dgr suara dia menjerit, menangis..haru biru mama dibuatnya. Whatever, kehidupan mama semakin ceria dgn kehadiran 2 org cahaya mata....
Budak kat belakang, yg tgh tupang dagu tu lah yg tak reti undang2 jlnraya tuh!!! menyusahkan org!!
Ni cerita raya haritu. Sehari sblm raya mama demam... sampai raya ke-3. Raya ke-5 mama ngan adik beradik yang lain konvoi ke Perak, beraya rumah along. Tahun ni last dia beraya kat sana sbb tahun depan along nak pindah rumah dah...masa otw balik tu, sampai kat seberang perak (kawasan sawah padi tu..) tetiba sebuah kereta kenari terus je melulu keluar dari simpang. Mama yg tgh tido sambil riba wafiy kat seat depan tetiba tersentap!! banggggggggg!!!! buka mata nampak bonet depan remuk...dgr hubby mengeluh.."adusssss.....mcmaner lah budak ni bawak kereta..." mak kat belakang tetiba menjerit kata tgn dia sakit. Abg yg konvoi kat belakang benti dan terus bawa mak ke hospital. Nasib baik hubby sempat tahan bdn mama dan wafiy dgn tgn, kalau tak, mmg dah tersembam ke depan.Kira body kete mmg kuat giler arr...hentakan mmg kuat, tp sib baik enjin ok, cuma pecah radiator, bumper dan bonet.Kete budak tu pulak patah kat besi tayar..pastu kat sisi bonet belakang.Tgk je muka budak tu nak je aku lempang2...Kiranya laki aku ni penyabar gak arr..xder terus melulu marah . Pucat lesi muka dak tu...kalau toreh ngan pisau kompom xkuar darahnya arr. Budak tu keluar je dari kereta terus nangis2 mintak maaf..dah la kete pinjam, lesen br dapat seminggu, P tak pasang..mau tak cemas. xcident kul 4ptg, 9mlm br settle wat report segala. Kerete sampai keharini masih ada lg kat Manjung tu..claim insuran kerete budak tu la..kalau semua dah ok, minggu ni baru nak naik Manjung ambil kerete. Mak, patah pergelangan tgn kiri, smlm appoinment kat KPJ Shah Alam buka simen. Tulang dah bercantum, cuma dlm ms 2,3 bulan ni tgn mak still tak boleh gerak , dan tak bole angkat benda berat. Kesian mak....
Mama kembali membelog. Apa mimpi mama harini yek? Actually, tiap2 hari mama buka blog...tp just baca cerita kawan2 ajer...nak update blog sendiri rs cam malas pulak....maybe mood nak menaip tu tak ada lg kot. So, kiranya harini hari pembukaan semulalah blog mama tu....terlalu byk cerita nak dikongsikan disini sepanjang mama menyepikan diri...tgklah mcmner yek.Mana cerita2 yg dah agak lemau tu, biarkan lah yek?
Minggu lepas Bazil warded selama 5 hari. Bazil mula menunjukkan tanda2 seperti lemah2 badan, lesu, pucat sejak 3 hari sebelum dia jatuh sakit. Memula mama ingtkan dia demam, rasa badan ok je, tp dia mmg tak aktif....terbaring je depan tv, tak macam selalu. Biasanya Bazil ni mmg susah nak duduk diam, ada je benda dia buat, kalau mama ada kat rumah mmg tak kering gusi jerit sana sini. Tapi kali ni dia lain skit, ckp pun tak byk, nyusu pun kurang sgt2 sampaikan berat badan dia turun mendadak sebanyak 3kg dari 18kg. Mlm tu mama dan abah tgk tv, tetiba bazil batuk2, pastu tetiba muka, bibir nampak pucat dan tetiba dia seolah2 susah nak bernafas. Abah kejarkan Bazil ke hospital, 3 kali sedut oksigen keadaan dia still tak berubah, so pukul 11mlm, Bazil menjalani x-ray. Result menunjukkan paru2 Bazil telah dijangkiti kuman. Mama masa tu tak ikut ke hospital, sbb Wafiy meragam nak tido, lagipun mmg susah nak tinggalkan dia mlm2, sbb selagi tak mengopek, mmg dia akan melalak xnak tido. Mlm tu Bazil kena tahan wad..Sian anak mama. Kul1pg, mama pergi hospital bawakan brg2 dia. Masa mama sampai tu doc pasangkan oksigen,masukkan air dan masukkan gas setiap 1jam. sbb bazil terlalu kekurangan oksigen dlm badan.Biasa dia akan meronta, tp sbb mmg dia dah lemah, dia tertido....Alhamdulillah, sabtu lepas doc benarkan bazil keluar.Cuma buat masa ni bazil perlu berehat didalam rumah sahaja, tak boleh ke tempat yg sesak atau kawasan udara yg kotor. Dia akan cepat penat bila byk bergerak...abang...mama doakan abag cepat sembuh...
Pic 1 jam sebelum doktor benarkan abg balik...Mama xsampai nak ambil pic abg masa sakit..Mama xnak abg sakit lg...mama luv u sayang...

New look, new style....

Ini kereta sudah 3 minggu duduk itu kedai Ah BOy loo...dan akhirnya sabtu lepas baru discharged.

Hasilnya...

Sangat cantik dan sgt puas hati. Cat ni mcm ada cristal2 kat dalam.Bila kena matahari ,tersangatlah cantik.Dashboard pun no more gegar2,no more bunyi2 ,everything luar dan dalam semua dah ok , enjin pun dah senyap...Kete ni keluaran tahun 2000.Sebelum ni sudah nampak agak uzur dan pudar...Body pun kemek sana-sini,enjin pulak bila start bergegar satu kete..hohoho....dan kini sudah seperti baru....Ni kereta hasil titik peluh mama sendiri tau...dah habis bayar dah pun...for hubby, thank u very much! i luv u sooo..much!! mmmuuaaahhhahhh...thanks, coz u make it look like new!! SERIUS!!!

Update..adik 5month.

*
*
*
*
*
Suka ketawa
Dah mula nak kedepan
Sangat manja
Sangat rapat dengan mama
Suka main dengan abang
Suka menjerit
Suka main air liur(habis gugur rambut mama nak ooii..)

Mama..abg nak pergi school....

Kesian anak mama..tiap2 hari, bila mama suruh bgn mandi je dia akan ckp "ma, abg nak gi school eh?" bila mama iyerkan, dia cepat2 bergegas bgn dan senang je nak mandi.Pg td sblm hantar rumah mak, macam biasa abg capai beg batman pastu salam wan ,hug& kisses...sambil lambaikan tgn dia ckp.."bye wan...abg nak gi school ni.." semangat tul anak mama nak gi sekolah..mama terpaksa tipu sayang..kalau tak abg susah sgt2 nak suh bgn dan mandi..pastu menangis....On The Way nak gi rumah mak, abg menyanyi ikut radio sambil bertanya mcm2 sampai mama penat nak jawab..Sampai simpang Taman Setiawan, mama bg signal tetiba abg ckp " eh mama....kan kita nak gi kolah kan....ni rumah wan..." "Sekolah cuti lah bang....kita gi umah wan yer...sekolah buka nnti mama bawa abg gi sekolah....Dgr je mama ckp camtu, apa lg...melalak tak hingat.Jenuh nak keluarkan dia dr kereta.Sian anak mama..abg kecik lg..br 2 tahun..mcmne mama nak hantar sekolah.Oleh kerana abg ni nak sgt pegi sekolah,(dia suka tgk ramai kawan..) wan akan cuba tanya sekolah PASTI yg kat rumah tu, kalau dia boleh terima abg, nnti mama hantar ye sayang.... Abg sejak dari kecil dah tunjukkan minat ngan agama.Kalau dia nangis, dgrkan dia zikir2 atau lagu2 nasyid mesti dia diam, pastu kalau azan kat tv atau kat mn2 dia akan leka dgr sampai habis.Sekarang ni bila dia dah pandai cakap, dia mudah menghafal.Setakat ni yg dia dah hafal "lagu taubat","zikir lailahaillah","Doa makan".Tiap kali bangun tido atau nak masuk rumah, mesti dia bg salam..hehheh...Bila kami solat jemaah dia ikut sambil mulut terkumat kamit bc ntah apa2, pastu dia dah hafal bila nak rukuk, sujud dan bangun.Oleh kerana dia minat kearah tu, so mama ingt untuk permulaan mama nak hantar tadika PASTI dulu.Tapi....dia diterima ke???? sbb umur dia baru 2thn 1/2...Kalau ikut perancangan abah nak hantar sekolah Inggeris..sayang...mcmner ni?anak kita ni byk kearah keagamaan..cucu atuk..kihkihkih....
WONDERLAND THEME PARK...kami datang!!! Cuti sekolah ni mana2 tempat semua penuh, tak kira weekday or weekend. So kami pun nyibuk2 gak bawa anak2 jln...Pergi Melaka je la...20 minit sampai.Sesiapa yang berhajat nak bawa anak2 kesana rege utk dewasa RM30..kanak2 RM25 ,bawah 5kaki percuma....Terdapat 28 jenis permainan.Mana yang datang dari jauh tu kalau singgah disini memang berbaloi..sbb tpt ni berdekatan dengan taman rama2,taman budaya,taman buaya dan zoo.Jalan pun senang..masuk highway, keluar tol ayer keroh..dah sampai.....jom layan...
Testing....memula je takut.....
Berani skit dah tu....

Jom mandi tpt lain pulak.

Adik yg tgh syok dibuai mimpi...

Ruginya...mama tak dpt mandi..Tahun depan mama ngan Wafiy join sama ye nak..

Badan pun dah penat....perut pun dah lapor...jom kita gi cari makanan

*

*

*

*

*

NANDOS EXTRA HOT PERI2...Lapor sangat..kejap dah licin...

Settle 1 keje..

Bengkel portal baru je habis..fuhh...mama teramatlah penat.Sepatutnya 1 sesi je, tp atas permintaan yang tak dapat hadir pg td atas urusan peribadi, mereka mohon adakan 1 sesi lg sebelah petang..aduh mak aii....tapi tak perlah..untuk menjaga hati dan perasaan org, mama buat je la...dah mmg itu keje mama.Bdn ni mmg dah letih sgt2.Pg td bgn seawal pukul5 pg.Mama goreng bihun sendiri ok..6.30pg hantar bazil ke rumah mak,lepas tu bergegas cari kuih-muih utk bengkel,bergegas balik rumah siapkan Wafiy pastu siapkan barang2 tuk dibawa ke pid..fuh!! kelamkabut betul....7.30pg br abah hantar ke pid.Adik..abang...mlm ni bg mama rest yer...

Di pagi yang indah....

Malam tadi abah pesan ngan mama, tolong kejutkan abah awal dari biasa sebab esok abah ada perhimpunan bulanan, kul7.30 mesti sampai office.Ini bermakna kul6.30 mesti dah bertolak dari rumah.Kul5.30 jam mama dah bunyi.Mama nampak abah bangun, lepas tu tido balik...aik??? mama apa lg...ambil kesempatan sambung tido lik ler...kul7 camtu mama bangun kejutkan abang bangun mandi hantar gi rumah wan.Sblm tu mama kejutkan abah..abah kata gi keje lewat skit.."penat kot..sbb semalam abah ada DPA Convocation kat INTAN,5.00pg dah tolak dari rumah..lewat petang baru balik rumah".Wah! arini mama takyah gi keje naik motor...tumpang abah jelah....mama keluar nak sidai baju, tgk, eh! naper tayar kete ni cam pelik ajer?? huhuhu....tayar pancit..hohohoho..harapan tinggal harapan...nampaknya mama kena naik motor jugak..so, hello2 kat uda suh dtg jemput.Uda plak terlewat bgn harini, anak dia meragam mlm td, so abah kata nnti dia hantar pas ganti tayar.Sementara tunggu tayar siap, mama n abah minum dl kat kedai depan, pastu pergi tgk kete kat bengkel..uwawwawa..nampaknya minggu ni mama kena naik motor lg..kete tak siap.Mcmner bengkel sok ni? nak bawa makanan, minuman????? huhuhu.......

Lewat lg???

Harini mama lewat lg...(bukannya selalu lewat ke? kekkekek...) dah nak kat 2 minggu mama pegi keje naik motor.Bukan mama yang bawak...tumpang member kedai sebelah.Betapa ruginya mama..ada motor kat rumah tapi nak bawak tak reti..huhuhu...(syyy...malu.....).Bila dah biasa bawak kereta, sekali kereta tak der aduhaii..patah kaki jadinya.Sib baik ada kawan yang sudi jemput mama..tghari hantar mama balik rehat..balik dihantar..tqvm uda...ko mmg kawan aku yang paling best ahhh!!!sayang kat ko...KEMANA KERETA MAMA? Dah 2 minggu kereta mama kat bengkel.Oleh kerana kereta tu dah habis bayar, so my lovely mr papa hantar kete tu kat bengkel untuk dibaiki mn2 yg longgar,berbunyi,ganti baru mn yg patut dan cat sekali..Al maklumlah...kete lama..kereta tu mama beli hasil titik peluh mama kerja pid...mama ambil loan 7 tahun, ini bermakna sudah 7 tahun mama kerja kat pid ni..huhuhu...sudah agak lama yer???? kereta tu mama beli 2 bulan selepas arwah abah meninggal.Hajat mama nak bawak atok naik kereta tak kesampaian... Kos baikpulih. Baiki Enjin,Tayar dan lain2 = RM1800 Cat = RM3000 Ganti itu ini = RM300 TOTAL = RM5100 Kos cat paling mahalkan? Cat apa tu? Abah kata cat tu antara yg terbagus dan cantik.Tgk je la nnti.Actually mama tak ikut masa abah hantar kereta haritu.Mulanya abah ckp ngan mama RM2000 camtu, warna matelic,tapi mama pelik, naper lama sgt br siap? mama nak pergi keje susah sgt2..nak hantar abg lg...bila abah bawak mama gi bengkel tgk kete, br abah bgtau harga sebenar.Kereta tu mmg dah teruk sgt...kemek sana sini..calar balar..alang2 baiki, cat semua katanya.Tak sabar pulak nak tgk kete kontot mama tu siap....
Ni pic 2 minggu lepas, makan kat Muara Sungai Duyung.Mak Long ngan Pak Su xder masa ni, tak balik cuti...jadi mama, abah dan pak lang jerlah yang sambut.Dinner sempena wan & atok dapat gelaran Dato' and Datin....Tahniah untuk mak dan abah..

Mama bz? ermm...tak der maknanya...

Mama bz keje? ye ke??? istilah bz kat tempat keje jarang2 timbul kat diary hidup mama.Bukannya keje xder, tapi malas nak fikir..buat setakat mampu jer la..kerja lebih pun gaji takat itu jugak..bukan dapat pingat cemerlang ke apa.Tapi semua kerja mama yg kena buat sorang.Tak tahulah diaorg ni, dah berpuluh yg cuba apply, yang pelik xder sorang pun yang dapat? semua yg mama calonkan tu bukan calang2 org, yg ada master tp xpat keje pun mama suh apply..TAPI..sampai sekarang..aku duk gak sorang2 kat sini.Tension wei......pastu suh buat mcm2...yg join pun org yg sama gak.Bila mama ckp nak buat program lg, memasing dah mula wat muka basau...kalau diaorg pun bosan, mama ni 1000x bosan tau...Program kali ni xtau lah bp ketul yg timbul.Member2 yg rapat ngan mama yg selalu beri kerjasama kalau ada program semua dah pergi belajar kat Giat Mara..yg tinggal makcik2 (semua nenek sbnrnya..) aje.Mama baru cakap sikit diaorg dah buat perbincangan sesama sendiri..mcm2 gosip..sib baik mak cik2..kalau budak2 mmg dah suruh balik rumah ajer...1st bengkel mula khamis ni, so nampaknya mama terpaksa datang seawal pg untuk sediakan mkn minum..(kalau tak diaorg mengata..pastu tak mau dtg dah...),mengemas dan prepare apa yang patut untuk bengkel.Hope semuanya berjalan dgn lancar.

Tirai 2010..

Tirai 2010 baru dibuka kembali...kemana mama menghilang? ada je..xkemana pun..cuma mood tak mai lg.Harini mood baru mai...Wafiy pun nak kat 5 bulan.Dah bole menyiarap dah pun...Huhuhu..lama tul blog ni tak update, dah bersawang2.Hari pertama update, nak tepek pic wafiy dl...layanzzz......
4month
3month
2month
1month
2nd day