Kesian anak mama..tiap2 hari, bila mama suruh bgn mandi je dia akan ckp "ma, abg nak gi school eh?" bila mama iyerkan, dia cepat2 bergegas bgn dan senang je nak mandi.Pg td sblm hantar rumah mak, macam biasa abg capai beg batman pastu salam wan ,hug& kisses...sambil lambaikan tgn dia ckp.."bye wan...abg nak gi school ni.." semangat tul anak mama nak gi sekolah..mama terpaksa tipu sayang..kalau tak abg susah sgt2 nak suh bgn dan mandi..pastu menangis....On The Way nak gi rumah mak, abg menyanyi ikut radio sambil bertanya mcm2 sampai mama penat nak jawab..Sampai simpang Taman Setiawan, mama bg signal tetiba abg ckp " eh mama....kan kita nak gi kolah kan....ni rumah wan..." "Sekolah cuti lah bang....kita gi umah wan yer...sekolah buka nnti mama bawa abg gi sekolah....Dgr je mama ckp camtu, apa lg...melalak tak hingat.Jenuh nak keluarkan dia dr kereta.Sian anak mama..abg kecik lg..br 2 tahun..mcmne mama nak hantar sekolah.Oleh kerana abg ni nak sgt pegi sekolah,(dia suka tgk ramai kawan..) wan akan cuba tanya sekolah PASTI yg kat rumah tu, kalau dia boleh terima abg, nnti mama hantar ye sayang....
Abg sejak dari kecil dah tunjukkan minat ngan agama.Kalau dia nangis, dgrkan dia zikir2 atau lagu2 nasyid mesti dia diam, pastu kalau azan kat tv atau kat mn2 dia akan leka dgr sampai habis.Sekarang ni bila dia dah pandai cakap, dia mudah menghafal.Setakat ni yg dia dah hafal "lagu taubat","zikir lailahaillah","Doa makan".Tiap kali bangun tido atau nak masuk rumah, mesti dia bg salam..hehheh...Bila kami solat jemaah dia ikut sambil mulut terkumat kamit bc ntah apa2, pastu dia dah hafal bila nak rukuk, sujud dan bangun.Oleh kerana dia minat kearah tu, so mama ingt untuk permulaan mama nak hantar tadika PASTI dulu.Tapi....dia diterima ke???? sbb umur dia baru 2thn 1/2...Kalau ikut perancangan abah nak hantar sekolah Inggeris..sayang...mcmner ni?anak kita ni byk kearah keagamaan..cucu atuk..kihkihkih....